Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix Jadi Platform Eksklusif Penstriman Filem Sony Pictures Selepas Tayangan Pawagam

Netflix Jadi Platform Eksklusif Penstriman Filem Sony Pictures Selepas Tayangan Pawagam

Diterbitkan Januari 16, 2026 oleh Amalina Athman

Netflix akan menjadi platform eksklusif untuk penstriman filem-filem terbaru Sony Pictures selepas tayangan penuh di pawagam, melalui perjanjian lesen global Pay-1 dengan Sony Pictures Entertainment (SPE).

Susunan Pay-1 (hak eksklusif) global akan diperkenalkan secara berperingkat bermula lewat tahun ini mengikut ketersediaan hak di setiap negara, dengan jangkaan ketersediaan penuh di seluruh dunia pada awal 2029.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, Netflix juga akan melesenkan hak untuk beberapa filem dan siri televisyen terpilih daripada SPE.

Ketika ini, Netflix sudah mempunyai hak Pay-1 untuk filem Sony Pictures di beberapa negara terpilih termasuk Amerika Syarikat, Jerman dan Asia Tenggara. Antara filem popular yang terlibat ialah Uncharted, Spider-Man: Across the Spider-Verse, It Ends With Us, Anyone But You, dan Venom: The Last Dance.

Sementara itu, antara filem Sony Pictures terawal yang akan distrim di Netflix sebagai sebahagian daripada perjanjian baharu ini termasuk The Nightingale, Buds, filem aksi The Legend of Zelda dan Spider-Man: Beyond the Spider-Verse.

Berkaitan

  • Netflix Akan Siar Kandungan NASA
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • Polisi Chromecast Baharu Netflix Kurang Disenangi Pengguna
  • Netflix Sah Bakal Ambil Alih Warner Bros - Termasuk HBO, HBO Max

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY