Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix season button download_

Netflix Akhirnya Benarkan Pengguna iOS Muat Turun Semusim Dengan Satu Klik

Diterbitkan Januari 31, 2025 ยท Dikemas kini Januari 31, 2025 oleh Amalina Athman

Netflix kini memperkenal butang “Season Download” untuk pengguna iPhone dan iPad, memudahkan muat turun keseluruhan episod dalam satu musim hanya dengan satu klik.

Buat pengetahuan, ciri ini telah pun tersedia pada peranti Android sejak beberapa tahun lalu. Sementara pengguna iPhone dan iPad sebelum ini perlu memuat turun setiap episod secara individu, yang memerlukan lebih masa.

Netflix season button download

Kini, pengguna iPhone dan iPad boleh memuat turun keseluruhan musim daripada halaman paparan siri, di mana pilihan tersebut tersedia di sebelah butang “Share”.

Setelah itu, pergi ke bahagian “Downloads” di bawah tab “My Netflix” untuk melihat atau menguruskan kandungan yang telah dimuat turun.

Terdahulu, Netflix pertama kali memperkenalkan ciri tontonan luar talian (offline) pada 2016. Ciri ini membolehkan pengguna memuat turun filem dan rancangan TV ke peranti untuk ditonton tanpa sambungan internet.

Berkaitan

  • Netflix Perkenal 'Moments', Kongsi Adegan Kesukaan Bersama Rakan Lain
  • Netflix Naikkan Harga Langganan Di Malaysia
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Netflix Umum Harga Langganan Naik Di 4 Negara, Sasar Keuntungan Lebih Tinggi Tahun Ini

Sumber: Netflix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY