Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix Mula Hentikan Pelan Asas Tanpa Iklan Secara Berperingkat Di Pasaran Terpilih

Netflix Perkenal Pilihan Sari Kata Hanya Untuk Dialog

Diterbitkan April 25, 2025 · Dikemas kini April 25, 2025 oleh Amalina Athman

Netflix kini memperkenalkan pilihan sari kata (subtitle) baharu yang memaparkan hanya dialog yang dituturkan.

Sebelum ini, sekiranya pengguna ingin mengaktifkan sari kata dalam bahasa asal, mereka perlu memilih Sari Kata untuk Orang Pekak dan Kurang Pendengaran (SDH/CC), yang turut memaparkan petunjuk audio seperti “[telefon bergetar]” atau “[muzik dramatik semakin kuat]”, serta nama penutur.

Netflix Perkenal Pilihan Sari Kata Hanya Untuk Dialog

Dengan penambahan pilihan baharu ini, pengguna kini akan melihat dua pilihan sari kata dalam Bahasa Inggeris – English, yang memaparkan hanya dialog yang dituturkan, dan English (CC), yang merangkumi dialog serta petunjuk audio seperti “[pintu dihempas]”.

Buat masa ini, pilihan ini hanya tersedia dalam Bahasa Inggeris dan boleh didapati pada kandungan asli Netflix yang baharu sahaja, bermula dengan musim kelima You.

Namun begitu, Netflix memaklumkan bahawa pilihan sari kata seperti ini akan turut diperluaskan kepada semua bahasa yang ditawarkan pada masa akan datang.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Netflix Uji Ciri Carian Baharu Berasaskan AI
  • Keuntungan Netflix Meningkat Selepas Naikkan Harga Langganan
  • Prime Video Kini Ditawarkan Di Astro Ultra & Ulti Box - Akses Dua Bulan Percuma

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY