Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix iOS 17

Keuntungan Netflix Meningkat Selepas Naikkan Harga Langganan

Diterbitkan April 21, 2025 · Dikemas kini April 22, 2025 oleh ariff bukhari

Netflix minggu lalu mengumumkan prestasi kewangan suku pertama 2025 yang melebihi jangkaan penganalisis, menyebabkan sahamnya meningkat sebanyak 2.5% dalam dagangan lanjutan.

Kejayaan ini disumbangkan oleh pertumbuhan keahlian, kenaikan harga langganan, dan perbelanjaan yang lebih terkawal.

Harga langganan Netflix telah dinaikkan di beberapa negara termasuk AS, Kanada, Portugal dan Argentina, merangkumi semua pelan – dari pelan premium hingga pelan beriklan pada awal tahun ini.

Pelanggan Netflix di Malaysia kali terakhir terima kenaikan harga Netflix adalah pada November 2024 yang lalu.

Untuk suku pertama 2025, Netflix melaporkan pendapatan sebanyak USD10.54 bilion, meningkat 12.5% tahun ke tahun. Angka itu mengatasi anggaran Wall Street.

Saham Netflix kekal kukuh meskipun pasaran teknologi lain merosot akibat ketegangan tarif 2025, dengan kenaikan 9% setakat tahun ini.

Netflix telah berhenti melaporkan jumlah pelanggan dan kini menumpukan kepada pendapatan dan margin keuntungan sebagai penanda aras prestasi mereka

Kandungan baru seperti Adolescence yang menduduki carta teratas TV mingguan UK., Back in Action, Ad Vitam, Counterattack, dan program langsung seperti WWE RAW membantu menjana pendapatan platform penstriman itu.

Netflix berkata, mereka kekal yakin dengan unjuran 2025, dengan sasaran pendapatan antara $43.5 bilion dan $44.5 bilion.

Berkaitan

  • Netflix Uji Ciri Carian Baharu Berasaskan AI
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Ucap "Terima Kasih" Dan 'Tolong" Pada ChatGPT Rupanya Membazirkan Jutaan Dolar

Sumber: Euronews

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY