Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nasa reactor nuklear_Space

NASA Percepat Usaha Bangunkan Reaktor Nuklear Di Bulan, Marikh

Diterbitkan Ogos 6, 2025 · Dikemas kini Ogos 6, 2025 oleh Amalina Athman

Amerika Syarikat kini sedang mempercepatkan rancangan untuk menempatkan reaktor nuklear di Bulan dan Marikh, dengan pelancaran sistem pertama disasarkan menjelang 2030.

Langkah ini dilihat sebagai strategi untuk mendahului kerjasama China-Rusia yang turut merancang perkara sama. Berdasarkan arahan baharu yang dikeluarkan NASA, agensi itu akan melantik seorang ketua khas tenaga nuklear bagi memilih dua cadangan komersial dalam tempoh enam bulan.

“Sejak Mac 2024, China dan Rusia telah sekurang-kurangnya tiga kali mengumumkan usaha bersama untuk meletakkan reaktor di Bulan menjelang pertengahan 2030-an. Negara yang berjaya melakukannya terlebih dahulu berkemungkinan akan mengisytiharkan ‘zon larangan masuk’, yang boleh menjejaskan keupayaan Amerika Syarikat untuk mewujudkan kehadiran menerusi program Artemis sekiranya tidak tiba dahulu,” kata Ketua Interim NASA Sean Duffy.

Buat pengetahuan, idea untuk menggunakan tenaga nuklear di angkasa bukanlah perkara baharu.

Sejak tahun 2000, NASA telah melabur AS$200 juta untuk membangunkan sistem kuasa berasaskan pembelahan (fission) yang kecil dan ringan. Namun, setakat ini, tiada satu pun sistem tersebut mencapai tahap kesediaan untuk dilancarkan.

Berbeza dengan tenaga suria, sistem pembelahan nuklear boleh beroperasi sepanjang masa – satu kelebihan besar untuk menghadapi malam yang berpanjangan di Bulan atau ribut debu di Marikh.

Berkaitan

  • Lebih 150 Eksperimen Saintifik Selesai, Ahli SpaceX Crew Nasa Akhirnya Tiba Di Bumi
  • Pemanasan Global Tapi Ais Antartika Meningkat? Ini Penjelasannya
  • Saya Cabar Diri Guna Telefon HUAWEI Selama 7 Hari Tanpa Google Play, Ini Apa Yang Saya Belajar
  • NASA Kesan Objek 'Interstellar' Ke-3 Memasuki Sistem Solar Pada Kelajuan 245,000 km/j

Sumber: AFP
Gambar utama: Space

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY