Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pemanasan Global Tapi Ais Antartika Meningkat? Ini Penjelasannya

Posted on Mei 14, 2025Mei 14, 2025

Kajian baharu mendapati Antartika mengalami peningkatan ais ketika Bumi berdepan krisis pemanasan global.

Penemuan yang dilaporkan dalam jurnal Sains China Geosains pada Mac lalu menganalisis data daripada Eksperimen Pemulihan Graviti dan Iklim (GRACE) dan satelit GRACE yang telah memantau lapisan ais ini sejak tahun 2002 lagi.

Hasil dari analisis itu mendedahkan, lapisan ais dari 2021 hingga 2023 telah meningkat pada kadar purata sekitar 119 bilion tan (108 metrik tan) setahun.

Empat glasier di Antartika timur juga beralih dari kehilangan ais kepada peningkatan jisim yang ketara.

Keadaan ini berlaku berpunca daripada anomali cuaca di Antartika dengan hujan lebat dan salji tebal.

Walau bagaimanapun, pakar menjangkakan kenaikan ais ini hanya bersifat sementara kerana pencairan ais terus berlaku di kawasan lain akibat pemanasan global.

Malah, peningkatan ini juga tidak cukup untuk mengimbangi kehilangan ais yang berlaku selama hampir 20 tahun sebelumnya.

Menurut kajian tersebut, antara tahun 2002 dan 2020,  kehilangan ais meningkat daripada kehilangan purata kira-kira 81 bilion tan (74 bilion metrik tan) setahun antara 2002 dan 2010, kepada kehilangan kira-kira 157 bilion tan (142 bilion metrik tan) antara 2011 dan 2020.

Mempelajari perubahan lembaran ais ini adalah penting kerana sebarang pencairan ais akan melepaskan air ke dalam lautan, yang merupakan faktor utama kepada isu peningkatan paras laut.

{suggest}

Sumber: Live Science

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress