Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NASA Kesan Objek ‘Interstellar’ Ke-3 Memasuki Sistem Solar Pada Kelajuan 245,000 km/j

NASA Kesan Objek ‘Interstellar’ Ke-3 Memasuki Sistem Solar Pada Kelajuan 245,000 km/j

Diterbitkan Julai 4, 2025 · Dikemas kini Julai 4, 2025 oleh ariff bukhari

Pada 1 Julai menerusi teleskop kaji selidik ATLAS (Asteroid Terrestrial-impact Last Alert System) yang dibiayai NASA di Rio Hurtado, Chile, NASA melaporkan penemuan komet antara bintang (interstellar) baharu yang dinamakan sebagai 3I/ATLAS.

Menurut NASA, komet ini yang berasal dari arah buruj Sagittarius kini berada sekitar 670 juta km dari Bumi dan dianggap tidak membawa ancaman kerana ia akan kekal pada jarak sekurang-kurangnya sejauh 240 juta km dari Bumi.

3I_interstellar comet orbit
3I/ATLAS merupakan objek antara bintang ketiga yang pernah ditemui, selepas ‘Oumuamua (2017) dan komet 2I/Borisov (2019).

Komet ini dijangka hampir dengan Matahari pada 30 Oktober nanti, iaitu pada jarak kira-kira 210 juta km menjadikannya ia berada sangat hampir dengan orbit Marikh.

Komet ini boleh dilihat menggunakan teleskop dari Bumi sehingga September, sebelum ia menjadi terlalu dekat dengan Matahari untuk diperhatikan.

Ia dijangka akan muncul semula pada awal Disember nanti untuk pemerhatian lanjut. Para ahli astronomi kini giat mengkaji saiz dan ciri-ciri fizikal komet ini.

Ia dipercayai terdiri sebahagian besarnya daripada ais dan sedang meluncur melalui angkasa pada kelajuan melebihi 245,000 km/j atau 60 km/s yang membolehkannya cukup laju untuk melepasi tarikan graviti Matahari sepenuhnya.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Pecut Sekali-Sekala Boleh Panjangkan Hayat Bateri EV - Kajian
  • Upin & Ipin Universe Lancar 17 Julai - Prapesan Kini Dibuka

Sumber: NASA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY