Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

NASA Kongsi Imej Rasmi, Dirakam Kru Artemis II Ketika Penerbangan Melintasi Bulan

Posted on April 8, 2026April 8, 2026

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) kini mengeluarkan imej rasmi semasa penerbangan melintasi Bulan (moon flyby) dalam misi Artemis II, memperlihatkan beberapa kawasan yang belum pernah dilihat manusia serta fenomena jarang berlaku di angkasa, termasuk gerhana Matahari.

Rakaman Bulan dan Bumi dalam satu bingkai semasa penerbangan manusia paling jauh di angkasa. Bumi berbentuk sabit, yang kelihatan kecil berbanding Bulan, sedang hampir terbenam di bawah ufuk Bulan di sebelah kanan. – GoPro Hero4 Black
Bumi terbenam pada jam 6.41 pagi, 7 April 2026, di atas lengkung Bulan. -Nikon D5
Bahagian gelap Bumi mengalami waktu malam. Di sebelah siang Bumi, awan berpusar kelihatan di rantau Australia dan Oceania. – Nikon D5

Angkasawan Reid Wiseman, Victor Glover dan Christina Koch dari NASA, bersama Jeremy Hansen dari Agensi Angkasa Kanada (CSA), menggunakan pelbagai kamera untuk merakam beribu-ribu foto sepanjang misi, termasuk Nikon D5, Nikon Z9 dan GoPro Hero4 Black.

Di bahagian atas tengah gambar, lembangan Orientale merupakan ciri yang menonjol, dengan tompokan hitam lava purba di tengah yang menembusi kerak Bulan dalam letusan berbilion tahun yang lalu. – Nikon D5
Tompokan bulat berwarna gelap di timur laut Orientale ialah Kawah Grimaldi, yang terkenal dengan lantai lava yang sangat gelap serta pinggir yang telah banyak terhakis. – Nikon D5

Sepanjang penerbangan melintasi bulan, kru mendokumentasikan pelbagai ciri permukaan Bulan seperti kawah, aliran lava purba dan retakan di permukaan yang akan membantu saintis memahami evolusi geologi Bulan dengan lebih mendalam.

Pandangan jarak dekat Kawah Vavilov di pinggir lembangan Hertzsprung. Imej dirakam menggunakan kamera Nikon D5 derngan panjang fokus 400mm ketika kru terbang mengelilingi bahagian jauh Bulan.
Kawasan permukaan yang dipenuhi kawah di pinggir timur lembangan Kutub Selatan-Aitken dilihat dengan terminator berbayang, sempadan antara siang dan malam bulan. Merupakan lembangan terbesar dan tertua di Bulan.

Mereka juga memerhatikan perbezaan warna, kecerahan serta tekstur landskap, menyaksikan fenomena earthset dan earthrise dengan bentuk sabit pada sebahagian bumi yang disinari matahari, serta merakam pandangan gerhana matahari yang mempamerkan korona Matahari.

Dirakam oleh kru Artemis II semasa lintasan bulan pada 7 April 2026, imej ini menunjukkan Bulan menutupi sepenuhnya Matahari. Tiga “bintang” di bahagian bawah kanan Bulan sebenarnya ialah planet. Yang di tengah mempunyai sedikit warna kemerahan merupakan planet Marikh. – Nikon Z9
Bulan disinari dari belakang oleh Matahari semasa gerhana matahari. Titik terang yang kelihatan tepat di bahagian kanan bawah Bulan ialah Zuhal. Dirakam oleh kapsul Orion menggunakan GoPro Hero4 Black.

Imej-imej ini bukan sahaja memukau dari segi visual, tetapi juga akan membantu NASA memahami geologi Bulan dengan lebih baik, merancang misi penerokaan masa hadapan dan meletakkan asas bagi kehadiran berterusan di Bulan sebelum misi ke Marikh kelak.

Rakaman menakjubkan oleh Kru Artemis II memaparkan foto galaksi Bima Sakti. – Nikon Z9

Ketika ini, kru berada di pertengahan perjalanan pulang ke Bumi. NASA menjangkakan Artemis II akan kembali ke Bumi dengan mendarat di Lautan Pasifik di luar pantai San Diego pada pukul 8:07 malam EDT (5:07 petang PDT) Jumaat, 10 April, sebelum dipindahkan ke kapal USS John P. Murtha untuk menjalani pemeriksaan perubatan dan kembali ke darat.

Imej rasmi NASA untuk tontonan dan muat turun boleh didapati di laman web agensi dan platform digital, termasuk Artemis Image Gallery, NASA Images and Video Library dan NASA 2 Explore.

Lebih banyak gambar dijangka akan dikeluarkan dalam beberapa hari ini.

Kredit imej: NASA

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress