Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aplikasi MyGOV Malaysia_00

Pengguna Kini Boleh Semak Harga Minyak Secara Terus Melalui Aplikasi MyGOV

Diterbitkan Jun 11, 2026 · Dikemas kini Jun 11, 2026 oleh Amalina Athman

Aplikasi MyGOV Malaysia kini membolehkan pengguna menyemak harga petrol dan diesel secara terus menerusi platform tersebut.

Untuk mengakses ciri ini, pengguna terlebih dahulu perlu log masuk ke aplikasi MyGOV menggunakan MyDigital ID. Fungsi berkenaan boleh ditemui menerusi bahagian Perkhidmatan > Pengangkutan > Harga Minyak.

Melaluinya, pengguna boleh melihat harga semasa bagi RON95, RON97 dan diesel berdasarkan kadar yang berkuat kuasa untuk minggu semasa.

Bagi RON95, MyGOV memaparkan perincian harga mengikut kategori termasuk harga tanpa subsidi, harga subsidi bersasar BUDI MADANI serta harga di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS). Untuk diesel pula, aplikasi itu memaparkan kadar berasingan bagi Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

aplikasi MyGOV Malaysia_harga minyak 01

Selain harga semasa, MyGOV turut menyediakan sejarah harga minyak. Pengguna boleh melihat trend perubahan harga untuk tempoh empat minggu terdahulu serta rekod harga mingguan yang memaparkan kadar semasa serta jumlah kenaikan atau penurunan berbanding minggu sebelumnya.

aplikasi MyGOV Malaysia_harga minyak 02

Turut disediakan ialah fungsi penanda buku (bookmark) yang membolehkan halaman Harga Minyak disimpan ke bahagian “Perkhidmatan Kegemaran” untuk akses lebih pantas pada masa akan datang.

aplikasi MyGOV Malaysia_harga minyak 03

Penambahan fungsi semakan harga minyak petrol dan diesel ini dilihat sebagai sebahagian usaha memperluaskan perkhidmatan digital dalam aplikasi MyGOV, yang kini menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan dalam satu platform.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Rakyat Malaysia Habiskan 125,000 Jam/bulan Dalam Aplikasi Telco
  • Aplikasi MyGOV Bakal Tawarkan Penstriman Langsung Piala Dunia FIFA 2026
  • Apple Umum Bundle, Suite Untuk App Store - Gabungkan Beberapa Langganan Aplikasi Dalam Satu Pelan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY