Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mygov malaysia_ (1)

MyGOV Malaysia Lancar Bulan Depan – Urus Pasport, Lesen, STR Dalam Satu Aplikasi

Diterbitkan Jun 24, 2025 · Dikemas kini Jun 25, 2025 oleh Amalina Athman

Platform tunggal bagi perkhidmatan awam atau MyGOV Malaysia akan dilancarkan bulan depan.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata aplikasi mudah alih itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Teknologi Kerajaan (GovTech) yang bertujuan memudahkan rakyat negara ini mengakses pelbagai perkhidmatan daripada agensi kerajaan dengan mudah.

Mengulas lanjut mengenai MyGOV Malaysia, beliau berkata ia memfokuskan kepada tujuh perkhidmatan utama. Antaranya termasuk perjalanan (urusan pasport), pendaftaran (kelahiran dan kewarganegaraan), pemanduan (cukai jalan dan lesen memandu) serta kesihatan (janji temu perubatan dan rekod kesihatan).

Selain itu, ia turut melibatkan perkhidmatan saman (semakan dan bayaran), perumahan (cukai tanah dan cukai taksiran) serta Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Lebih banyak ciri tambahan akan diperkenalkan dalam masa terdekat bagi memperkasakan fungsi aplikasi ini. MyGOV Malaysia akan diintegrasikan dengan MyDigital ID bagi memperkemas akses kepada perkhidmatan kerajaan menerusi satu platform yang selamat dan bersepadu.

Beliau berkata pengguna akan dapat mengesahkan identiti dan mengakses pelbagai perkhidmatan secara terus melalui MyGOV Malaysia dengan menggunakan maklumat pengenalan MyDigital ID masing-masing.

Dalam pada itu, Gobind memaklumkan sebanyak 2.6 juta pendaftaran MyDigital ID telah direkodkan sehingga 23 Jun 2025. Tambahnya, integrasi log masuk tunggal ini akan melibatkan 34 sistem utama perkhidmatan kerajaan dan lebih banyak perkhidmatan akan ditambah dari semasa ke semasa.

Berkaitan

  • Kerajaan Akan Percepatkan Pendigitalan Perkhidmatan Melalui Inisiatif GovTech
  • Isu Kelewatan MyDigital ID, Rangkaian 5G Kedua Dijangka Selesai Secepat Mungkin - Gobind
  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Kerajaan Setuju Tubuhkan Majlis Penasihat Aset Digital Dan AI - Anwar

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY