Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pasport Malaysia Antarabangsa

Permohonan Pasport Malaysia 10 Tahun Hanya Melalui ‘Walk-In’

Diterbitkan Julai 1, 2026 ยท Dikemas kini Julai 7, 2026 oleh Amalina Athman

Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu dengan tempoh sah laku 10 tahun hanya boleh dibuat secara walk-in di pejabat pengeluar pasport.

Sementara itu, permohonan PMA secara dalam talian menerusi MyOnline Pasport ketika ini hanya disediakan bagi pasport dengan tempoh sah laku lima tahun.

Permohonan Pasport Malaysia 10 Tahun Hanya Melalui ‘Walk-In’

Menerusi PMA baharu ini, kerajaan buat pertama kalinya memperkenalkan pilihan tempoh sah laku 10 tahun, selain mengekalkan pilihan pasport lima tahun.

Dari segi bayaran, PMA dengan tempoh sah laku 10 tahun dikenakan pada kadar RM350, manakala pasport lima tahun kekal pada RM200. Dengan memilih tempoh sah laku 10 tahun, pemohon juga dapat menjimatkan RM50 berbanding memperbaharui pasport lima tahun sebanyak dua kali.

Permohonan Pasport Malaysia 10 Tahun Hanya Melalui ‘Walk-In’
Permohonan Pasport Malaysia 10 Tahun Hanya Melalui ‘Walk-In’
Permohonan Pasport Malaysia 10 Tahun Hanya Melalui ‘Walk-In’

Selain tempoh sah laku yang lebih panjang, PMA baharu ini juga mempunyai naik taraf 94 ciri keselamatan berbanding 49 pada pasport terdahulu. Antara ciri yang diperkenalkan termasuk hologram, cetakan ultraviolet (UV), latent image serta pelbagai elemen perlindungan lain bagi mengurangkan risiko pemalsuan, pengubahsuaian dan penyalahgunaan dokumen perjalanan negara.

Salah satu perubahan yang paling mudah dikenali ialah penggunaan gambar pemilik pasport berwarna, menggantikan gambar hitam putih sebelum ini.

Senarai Pejabat Permohonan Pasport Baharu Mengikut Fasa

Pelaksanaan PMA struktur baharu akan diperluaskan secara berperingkat ke 71 pejabat pengeluar pasport di seluruh negara bermula 1 Julai 2026. Senarai pejabat yang menawarkan permohonan PMA baharu mengikut fasa adalah seperti berikut:

Permohonan Pasport Malaysia 10 Tahun Hanya Melalui ‘Walk-In’

Permohonan Pasport Malaysia 10 Tahun Hanya Melalui ‘Walk-In’

Permohonan Pasport Malaysia 10 Tahun Hanya Melalui ‘Walk-In’

Permohonan Pasport Malaysia 10 Tahun Hanya Melalui ‘Walk-In’

Bagi pemegang pasport sedia ada, dokumen tersebut masih sah digunakan sehingga enam bulan sebelum tarikh tamat tempoh. Sehubungan itu, orang ramai tidak perlu menukarnya dengan segera dan boleh membuat pembaharuan apabila menghampiri tempoh berkenaan.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Pasport Malaysia Versi Baharu Dilancarkan - 94 Ciri Keselamatan, Pilihan Tempoh Sah Laku 10 Tahun
  • BNM Arah Penamatan Rangkaian Pembayaran QR Tertutup Menjelang 30 Jun 2028

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY