Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gobind Singh Deo_MyDigital ID

Isu Kelewatan MyDigital ID, Rangkaian 5G Kedua Dijangka Selesai Secepat Mungkin – Gobind

Diterbitkan Januari 13, 2025 ยท Dikemas kini Januari 13, 2025 oleh Amalina Athman

Kementerian Digital sedang giat berusaha untuk mempercepat pelaksanaan projek MyDigital ID dan rangkaian 5G kedua yang sehingga kini masih tertangguh.

Menteri Digital Gobind Singh Deo menjelaskan bahawa terdapat kekangan dalam pelaksanaan kedua-dua inisiatif itu kerana ia melibatkan pelbagai pihak berkepentingan.

Beliau berharap keputusan muktamad dapat dicapai dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) yang dijadualkan pada 12 Februari depan.

Pelbagai kementerian terlibat dalam hal ini dan Perdana Menteri telah meminta kami memberi fokus sepenuhnya. Kami sedang melakukan apa yang termampu dan berharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin.

Sebelum ini, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyuarakan rasa kesal terhadap kelewatan pelaksanaan MyDigital ID dan rangkaian 5G kedua.

Projek MyDigital ID dilaporkan mengalami kelewatan selama setahun, manakala pelaksanaan rangkaian 5G kedua masih tergendala akibat rundingan yang tidak mendapat maklum balas positif daripada Digital Nasional Berhad (DNB) dan syarikat telekomunikasi.

Berkaitan

  • Belanjawan 2025: MyDigital ID Akan Jadi Aplikasi Tunggal Kerajaan
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • PM Kesal Kelewatan Pelaksanaan MyDigital ID, Rangkaian 5G Kedua
  • Kiosk Sentuhan MADANI Dilancarkan, Lebih 90 Perkhidmatan Tersedia

Sumber: Berita RTM

Gambar utama: Facebook/Gobind Singh Deo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY