Kerajaan akan mempercepatkan pendigitalan perkhidmatan melalui inisiatif Government Technology (GovTech), iaitu salah satu daripada agenda utama Kementerian Digital untuk mentranformasi perkhidmatan digital yang lebih moden, cekap dan berfokuskan rakyat.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata melalui pendekatan Whole-of-Government, GovTech Malaysia beroperasi bagi membentuk ekosistem perkhidmatan digital bersepadu dengan menyokong integrasi di antara agensi secara menyeluruh.
Menurutnya, antara inisiatif yang telah dibangunkan dan sedang digunakan secara rintis pada tahun ini termasuk portal Hansard Parlimen dan pembangunan produk digital guna sama seperti platform standard komponen reka bentuk perkhidmatan digital kerajaan atau dikenali Malaysia Design System (MyDS).
Gobind turut menyenaraikan inisiatif yang sedang dibangunkan bagi tahun 2025, termasuk:
- MyGov Malaysia: Aplikasi mudah alih bersepadu sebagai platform yang menghimpunkan perkhidmatan utama kerajaan yang turut diintegrasikan dengan Identiti Digital Nasional (MyDigital ID).
- AskMyGov: One-stop portal untuk pertanyaan soalan kepada kerajaan. Juga merupakan repositori pusat untuk mencari soalan-soalan lazim dan jawapan (FAQ).
- GoGov: Link-shortener platfrom bagi menyediakan capaian kandungan kerajaan yang selamat dan dipercayai.
- SiaranGovMy: Sumber rujukan berpusat untuk siaran media dan pengumuman kerajaan.
Selain itu, beliau berkata kemudahan digital yang inovatif, mudah dan selamat akan turut disediakan bagi menyokong program dan usaha kerajaan untuk pemerkasaan komuniti perniagaan.
{suggest}
Sumber: Kementerian Digital