Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anwar Ibrahim_Mei 2025

Kerajaan Setuju Tubuhkan Majlis Penasihat Aset Digital Dan AI – Anwar

Diterbitkan Mei 8, 2025 · Dikemas kini Mei 8, 2025 oleh Amalina Athman

Kerajaan bersetuju menubuhkan Majlis Penasihat Aset Digital dan Kecerdasan Buatan (AI), selaras dengan teknologi itu yang kini menjadi pemacu utama dalam pertumbuhan ekonomi global dan daya saing negara.

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata penubuhan majlis itu, yang merupakan satu entiti penasihat strategik, akan memainkan peranan penting untuk meletakkan negara mampu menguasai teknologi tersebut dan berada di barisan hadapan dalam ekonomi digital dunia.

Sewaktu mempengerusikan mesyuarat pertama majlis itu, Anwar berkata antara dibincangkan adalah potensi Malaysia sebagai hab utama dalam teknologi blockchain dan aset digital, termasuk dalam sektor strategik seperti perdagangan rentas sempadan, industri halal dan kewangan Islam.

Antara fokus utama ialah penggunaan teknologi seperti tokenisasi, stablecoin, aset kripto, AI, analitik data raya dan pengkomputeran awan untuk memperkasa sektor kewangan digital yang lebih cekap, selamat dan inklusif, nescaya teknologi-teknologi ini mampu memacu inovasi dalam struktur pasaran, mempercepatkan transaksi serta memperkukuh ketelusan dan pematuhan.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah berkata majlis ini akan dianggotai oleh pakar dari dalam dan luar negara, pemain industri, tokoh akademik serta pemikir dasar bagi memastikan pendekatan bukan sahaja sejajar dengan amalan terbaik antarabangsa, namun juga sesuai dengan konteks di Malaysia.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Anwar Jumpa Binance, Malaysia Sasar Hab Blockchain Global
  • AMD Mahu Jadikan Malaysia Hab Pembungkusan Dan Reka Bentuk Cip - Anwar
  • Google Akan Bangun Pusat Data Besar Di Malaysia – Port Dickson Jadi Tumpuan Baharu

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY