Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyDigital ID

MyDigital ID Sahkan Identiti Digital, Bukan Ganti MyKad – PJBUMI

Diterbitkan Jun 25, 2024 · Dikemas kini Jun 25, 2024 oleh Amalina Athman

PJBumi Bhd menjelaskan bahawa inisiatif MyDigital ID digunakan bagi tujuan pengesahan pengenalan diri secara digital dan bukannya bagi menggantikan kad pengenalan atau MyKad.

Berkaitan

  • Bukan Pengganti MyKad, Ini Penjelasan Ringkas Tentang MyDigital ID
  • Sebagai Persediaan, Ini Panduan Proses Pendaftaran MyDigital ID
  • Anda Kini Boleh Daftar MyDigital ID Di Cawangan Tealive
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Menurut syarikat itu, MyDigital ID berperanan sebagai lanjutan bagi pengesahan identiti rakyat negara ini secara dalam talian. Ia bertindak seperti pengesahan log masuk tunggal untuk perkhidmatan kerajaan.

Kenyataan itu adalah susulan penganugerahan kontrak My Digital ID Physical Onboarding Services atau Perkhidmatan Penyertaan Suai Tugas Fizikal MyDigital ID untuk Mimos Semiconductor (M) Sdn Bhd.

MyDigital ID dijangka akan dilancarkan pada Julai 2024 dalam empat fasa, bermula dengan anggota Kabinet, diikuti oleh penjawat awam, penerima bantuan kerajaan seperti penerima subsidi, dan seterusnya kepada orang awam.

Sementara anak syarikat milik penuh PJBumi iaitu PJBUMIHES, akan menerima RM1.70 bagi setiap penyertaan fizikal yang berjaya, untuk setiap My Digital ID yang didaftarkan dalam tempoh 24 bulan – bermula 21 Jun 2024 dan tamat tempoh pada 20 Jun 2026.

Harga kontrak berkaitan turut termasuk RM100,000 untuk penyediaan 500 unit peranti titik sentuh.

Sumber: PJBumi (1, 2), via BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY