Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyDigital ID X Tealive

Anda Kini Boleh Daftar MyDigital ID Di Cawangan Tealive

Diterbitkan Mei 23, 2024 · Dikemas kini Mei 23, 2024 oleh ariff bukhari

Seperti semua sedia maklum, kerajaan sudah pun mula melaksanakan Identiti Digital Nasional (MyDigital ID) pada tahun ini.

MyDigital ID ialah satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta, untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian.

Dalam usaha untuk memasuki era digital yang semakin canggih, pihak MyDigital ID telah merangka langkah pendaftaran yang teratur sebagai persediaan menuju negara digital di masa hadapan.

Jadi, untuk memudahkan lagi rakyat mendaftar, pendaftaran MyDigital ID kini boleh dibuat di 250 cawangan Tealive yang terletak di sekitar Kedah, Penang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

MyDigital ID X Tealive
Mydigital ID X Tealive 1
MyDigital X Tealive 2

Anda boleh semak senarai penuh lokasi cawangan Tealive yang terlibat untuk pendaftaran MyDigital ID di laman rasmi https://digital-id.my.

Ketahui dengan lebih lanjut tentang apa itu MyDigital ID dalam artikel kami sebelum ini.

Berkaitan

  • Bukan Pengganti MyKad, Ini Penjelasan Ringkas Tentang MyDigital ID
  • Dakwaan Implan Untuk MyDigital ID Tidak Benar
  • Sebagai Persediaan, Ini Panduan Proses Pendaftaran MyDigital ID
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: MyDigital ID

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY