Seperti semua sedia maklum, Kerajaan sudah pun mula melaksanakan Identiti Digital Nasional (MyDigital ID) pada tahun ini.
MyDigital ID ialah satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta, untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian.

1. Persediaan paling awal
Anda perlu muat turun dan pasangkan aplikasi MyDigital ID terlebih dulu ke dalam telefon pintar (Google Play, App Store, AppGallery) anda.
2. Apabila pendaftaran MyDigital ID sudah dibuka
- Apabila pendaftaran sudah dibuka nanti, anda perlu pergi ke lokasi yang tersedia dengan kios MIMOS untuk anda memasukkan Kad Pengenalan dan mengimbas ibu jari bagi melengkapkan pendaftaran.

- Masih di kios tersebut, anda perlu membuka aplikasi MyDigital ID dan imbas kod QR yang terpapar di Kios.
- Seterusnya, anda perlu menetapkan kata lalu (minimum 8 aksara) dan jawab ‘YA’ untuk menyimpan identiti digital anda. Selesai.
Lokasi kios MyDigital ID
Buat masa ini, kios MyDigital ID adalah terhad di 6 lokasi ini sahaja:
Walau bagaimanapun, berdasarkan laporan Bernama baru-baru ini memaklumkan, pihak MIMOS telah mendapat kelulusan Kabinet untuk melakukan pendaftaran (MyDigital ID) secara dalam talian, berbanding manual yang memerlukan orang ramai hadir secara fizikal ke kios untuk melengkapkan pendaftaran MyDigital ID mereka.