Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Daftar MyDigital ID Secara Dalam Talian

MyDigital ID Rancang Guna Kriptografi Pasca Kuantum – Persediaan Hadapi Ancaman Siber Komputer Kuantum

Diterbitkan Oktober 15, 2026 · Dikemas kini Oktober 15, 2026 oleh Amalina Athman

MyDigital ID akan terus diperkukuh menerusi perancangan penambahbaikan jangka panjang, termasuk persediaan ke arah penggunaan teknologi Kriptografi Pasca Kuantum (PQC) bagi menghadapi ancaman siber komputer kuantum.

Menerusi jawapan bertulis di portal rasmi Parlimen, Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata persediaan itu akan dilaksanakan melalui pendekatan crypto-agility, iaitu keupayaan seni bina sistem untuk beralih kepada algoritma kriptografi baharu secara terancang, selaras dengan perkembangan piawaian antarabangsa serta Dasar Kriptografi Negara (MyKriptografi).

Ketika ini, MyDigital ID menggunakan beberapa mekanisme keselamatan kriptografi, termasuk Prasarana Kunci Awam (Public Key Infrastructure – PKI) untuk mengesahkan identiti pengguna dan melindungi maklumat daripada akses atau perubahan tanpa kebenaran.

Platform itu turut menggunakan algoritma Hashing SHA-256 bagi melindungi data, selain ciri Pengesahan Pelbagai Faktor (Multi-Factor Authentication – MFA) yang mewajibkan pengguna melalui lebih daripada satu tapisan pengesahan sebelum sebarang akses diberikan.

Perancangan keselamatan ini hadir ketika penggunaan MyDigital ID terus berkembang. Setakat 7 Oktober 2026, seramai 14.2 juta rakyat Malaysia telah mendaftar platform tersebut. MyDigital ID juga merekodkan 82.75 juta transaksi log masuk secara kumulatif sejak 2024, dengan kadar penggunaan semasa melebihi 200,000 transaksi sehari.

MyDigital ID kini menyokong lebih 200 aplikasi dan perkhidmatan digital sektor kerajaan serta swasta. Kerajaan turut menegaskan komitmennya untuk terus memperkukuh keselamatan dan perlindungan identiti digital rakyat Malaysia seiring dengan perkembangan teknologi dan ancaman keselamatan siber.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • MyDigital ID Tambah Pengesahan Biometrik Wajah Untuk Pendaftaran Di Kiosk
  • MyDigital ID Nafi Guna Teknologi Blockchain Pihak Ketiga

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
  • Kod 2FA Tetap Berfungsi Dalam Mod Pesawat, Ini Sebabnya
  • MyCERT Kesan Trojan Perbankan Android 'BNM Mobile Security' - Curi Maklumat Kad Bank Melalui NFC
  • 3 Game Kereta Lumba 'Lejen' Ini Kini Boleh Dimainkan Terus Dari Pelayar PC Anda
  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
©2026 WISER.MY