Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyDigital ID

MyDigital ID Kini Diintegrasi Dalam Tiga Platform Ini

Diterbitkan November 12, 2024 · Dikemas kini November 12, 2024 oleh Rushsyafizal

Pertama Digital Berhad kini mengumumkan integrasi lengkap MyDigital ID pada produk-produknya melalui anak syarikat, Dapat Vista (M) Sdn Bhd. Integrasi MyDigital ID ini diperkenalkan pada platform seperti eJamin, KOCEK, dan MyPay.

Dengan MyDigital ID, pengguna dapat menggunakan satu log masuk untuk mengakses semua perkhidmatan dalam ekosistem Pertama Digital dengan jaminan keselamatan yang lebih tinggi. Integrasi ini mendukung visi Malaysia sebagai negara digital-first, memberikan akses mudah kepada rakyat dan perniagaan dalam ekosistem digital yang cekap dan aman.

Screenshot 2024-11-12 at 11.48.20 AM

eJamin merupakan platform pembayaran jaminan digital pertama di Malaysia ini telah mempercepat proses bayaran jaminan secara dalam talian, dari beberapa jam kepada hanya beberapa minit. Integrasi MyDigital ID menambah lapisan keselamatan tambahan yang penting bagi proses verifikasi identiti, menjadikan eJamin semakin diiktiraf sebagai alat penting oleh pengamal undang-undang di seluruh Malaysia.

Screenshot 2024-11-12 at 11.48.57 AM

KOCEK pula sebagai perkhidmatan penukaran duit syiling digital pertama di Malaysia, KOCEK membolehkan rakyat menukar duit syiling kepada dompet digital untuk transaksi tanpa tunai. Dengan MyDigital ID, identiti pengguna disahkan dengan lebih mudah, mempercepatkan aliran transaksi kecil yang penting untuk perniagaan kecil dan mendukung komuniti yang kurang mendapat akses perbankan.

Screenshot 2024-11-12 at 11.49.19 AM

MyPay membolehkan rakyat Malaysia mengurus bayaran bil, simpanan, dan pelaburan dalam satu aplikasi. Dengan keupayaan eKYC dari MyDigital ID, pengguna mendapat akses yang selamat dan disahkan untuk mengurus kewangan harian mereka.

Integrasi MyDigital ID ini mencerminkan komitmen Pertama Digital dalam memperkukuhkan keselamatan digital di Malaysia, sekali gus memberikan kemudahan akses kepada perkhidmatan penting secara dalam talian.

Sabri Ab Rahman, Pengarah Eksekutif Kumpulan Pertama Digital Berhad, menyatakan,

Integrasi ini adalah satu mercu tanda penting dalam usaha kami untuk menyediakan solusi digital yang inovatif dan memenuhi keperluan rakyat

Pertama Digital merupakan platform untuk mengembangkan produk, membina perkongsian baharu, dan meningkatkan fungsi digitalnya demi menyediakan pengalaman yang lebih inklusif dan selamat untuk semua rakyat Malaysia.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • PlayStation 5 Pro Kurang Sambutan, 'Scalpers' Beri Harga Lelong
  • Mungkin Kecil Tapi Penting, iOS 18.2 Tambah Baik Aplikasi Photos
  • Amazon Sahkan Data Pekerja Dicuri, Enggan Dedah Jumlah Yang Terjejas
  • Siri OPPO Find X8 Sah Masuk Malaysia, Prapesan Kini Dibuka

Sumber: Siaran media Pertama Digital

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY