Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TNB mydigitalID_

Aplikasi myTNB Akan Integrasi MyDigital ID Sebagai Pilihan Log Masuk

Diterbitkan Oktober 29, 2024 · Dikemas kini Oktober 29, 2024 oleh Amalina Athman

Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengintegrasikan MyDigital ID sebagai pilihan log masuk tunggal (SSO) tambahan dalam aplikasi myTNB, bermula awal tahun depan.

Pilihan tambahan ini membolehkan pelanggan log masuk menggunakan MyDigital ID, sekiranya mereka lebih suka penyelesaian identiti digital bersatu.

Pada awal 2025, pelanggan myTNB terpilih akan dijemput untuk mencuba pilihan log masuk MyDigital ID dalam fasa pelancaran awal. Pengguna akan menerima jemputan eksklusif untuk mengemas kini aplikasi myTNB, membolehkan mereka menikmati manfaat MyDigital ID.

TNB menjelaskan inisiatif ini sejajar dengan komitmennya untuk menyokong agenda MyDIGITAL, yang bertujuan bagi memperkemas pengurusan identiti digital di Malaysia, selain menawarkan kemudahan dan keselamatan tambahan kepada pengguna.

Dengan mengintegrasi ciri SSO MyDigital ID, TNB berkata pengguna boleh mengakses berbilang perkhidmatan TNB sambil menikmati perlindungan yang dipertingkatkan terhadap pencerobohan data dan penipuan melalui pengesahan identiti digital berpusat.

Terdahulu, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2025 turut mengumumkan MyDigital ID akan menjadi aplikasi tunggal kerajaan.

Berkaitan

  • Jangan Pening Bil TNB Tinggi, Ini Cara Pantau Penggunaan Elektrik Secara 'Real Time'
  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • MyDigital ID Masih Boleh Diguna Sebagai Salah Satu Kaedah Log Masuk MyJPJ
  • Belanjawan 2025: MyDigital ID Akan Jadi Aplikasi Tunggal Kerajaan

Sumber: Tenaga Nasional Berhad

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY