Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyDigital ID Masih Boleh Diguna Sebagai Salah Satu Kaedah Log Masuk MyJPJ

MyDigital ID Masih Boleh Diguna Sebagai Salah Satu Kaedah Log Masuk MyJPJ

Diterbitkan Oktober 3, 2024 oleh Amalina Athman

Susulan pengumuman Menteri Pengangkutan Anthony Loke semalam, MyDigital ID hari ini memaklumkan bahawa pengguna masih boleh menggunakan MyDigital ID sebagai salah satu kaedah log masuk aplikasi MyJPJ bagi memudahkan akses.

Kami ingin memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi para pengguna berhubung pengumuman mengenai penggunaan Log Masuk Tunggal MyDigital ID di aplikasi MyJPJ bermula 10 Oktober 2024.

Bagi memastikan kelancaran perkhidmatan, keputusan telah dibuat untuk menangguhkan penggunaan Log… pic.twitter.com/YCJKfehBmB

— MyDigital_ID (@mydigital_ID) October 3, 2024

Terdahulu, pop-up di aplikasi MyJPJ menyatakan pengguna perlu log masuk tunggal MyDigital ID berkuat kuasa 10 Oktober 2024.

Namun, bagi memastikan kelancaran perkhidmatan, keputusan telah dibuat untuk menangguhkan penggunaan Log Masuk Tunggal MyDigital ID bagi aplikasi MyJPJ buat sementara waktu. Bermakna, ia masih tersedia sebagai pilihan log masuk bersama kaedah sedia ada – tetapi bukan wajib.

MyDigital ID menjelaskan sistem pengesahan itu merupakan langkah penting dalam meningkatkan keselamatan serta memudahkan akses kepada perkhidmatan digital. Pihaknya juga menggalakkan semua pengguna untuk mendaftar MyDigital ID untuk memastikan perlindungan identiti digital yang lebih selamat.

Berkaitan

  • Bukan Pengganti MyKad, Ini Penjelasan Ringkas Tentang MyDigital ID
  • Sebagai Persediaan, Ini Panduan Proses Pendaftaran MyDigital ID
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • [Kemas Kini] Penggunaan MyDigital ID Untuk Log Masuk Tunggal Aplikasi MyJPJ Ditangguhkan
  • Syarat Kelayakan Program Khas Peralihan Kelas B Dilonggarkan

Sumber: MyDigital ID

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY