Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
media sosial

Kerajaan Sarankan Media Sosial Laksana eKYC Guna MyKad, Passport Atau MyDigital ID

Diterbitkan September 26, 2025 · Dikemas kini September 26, 2025 oleh Amsyar Latif

Semua platform media sosial di Malaysia disaran melaksanakan pengesahan elektronik Know-Your-Customer (eKYC) menggunakan dokumen rasmi seperti MyKad, passport atau MyDigital ID.

Memetik laporan bernama, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata langkah ini penting bagi memastikan identiti pengguna disahkan sepenuhnya, sekali gus mengurangkan penipuan dalam talian dan menghalang kanak-kanak bawah 13 tahun daripada membuka akaun media sosial.

Buat masa ini ia hanya saranan, namun apabila Akta Keselamatan Dalam Talian (OnSA) berkuat kuasa hujung tahun ini atau awal tahun depan, pelaksanaan eKYC akan menjadi kewajipan.

Menurut Fahmi, platform besar seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, Telegram dan TikTok belum mempunyai sistem eKYC yang benar-benar berkesan. Kerajaan mahu proses ini menggunakan dokumen rasmi keluaran kerajaan bagi menjamin ketelusan dan keselamatan.

Beliau menegaskan kerajaan tegas melindungi rakyat daripada jenayah siber termasuk penipuan pelaburan, judi dan penjualan barang larangan.

Dalam masa terdekat, Kementerian Komunikasi bersama SKMM akan menyelaras pertemuan dengan pihak berkuasa tempatan dan antarabangsa termasuk Meta dan TikTok di Singapura. Antara isu yang akan dibangkitkan ialah penjualan produk terlarang di platform sosial serta pelaksanaan sistem eKYC.

Berkaitan

  • Pengaruh Media Sosial Makin Kuat Dalam Keputusan Pembelian Rakyat Malaysia
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Ahli Parlimen Perancis Gesa Larangan Media Sosial Untuk Bawah 15 Tahun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY