Motorola Edge+ Dengan Snapdragon 865 Dilancarkan - Kembalinya Motorola Ke Arena Flagship

Jika diimbas kembali, kali terakhir Motorola menghasilkan peranti flagship adalah pada tahun 2018 dengan model Moto Z3. Sejak dari itu kita tidak lagi mendengar mana-mana berita kerana Motorola banyak memfokuskan kepada kelas pertengahan dan permulaan.

Namun hari ini, seperti yang dijanjikan, Motorola membuat kemunculan semula untuk tahun 2020 dengan 2 model iaitu Edge+ dan sebuah peranti kelas pertengahan, Edge.

Motorola Edge+


Model utama dalam siri Edge. Ia hadir dengan cip Snapdragon 865 berserta sokongan rangkaian 5G. Dari segi rekaan, ia mengguna pakai rekaan paparan melimpah seperti yang terdapat pada vivo NEX 3 dan Huawei Mate 30 Pro sebelum ini.

Watch the Motorola Edge series unveiling here - GSMArena.com news

Paparannya walau bagaimanapun hanya sekadar 1080p+. Namun ia merupakan panel HDR10+ AMOLED berukuran 6.7 inci dan juga mempunyai kadar segar semula 90Hz. Pada paparan juga terdapat lubang kamera yang memuatkan sensor swafoto 25MP dan juga pengimbas cap jari optikal.



Berkata mengenai kamera, pada bahagian belakang terdapat tetapan 3 lensa dengan 108MP utama. Lensa lain adalah 8MP telefoto 3x zum optikal dan juga 16MP sudut lebar. Jika pada Samsung S20 Ultra, rakaman 8K dibolehkan dengan sensor 108MP, pada Motorola Edge+ agak pelik kerana maksimum rakaman adalah pada resolusi 6K.

RAM peranti dihadkan pada 12GB dan storan dalaman 256GB UFS 3.0. Seperkara menarik lagi adalah bahagian baterinya yang agak besar pada 5,000mAh. Dengan kapasiti bateri sebesar itu, agak janggal kerana paparan Full HD+ yang dimuatkan, bukannya Quad HD+ seperti kebanyakan peranti pesaing yang lain.

Namun disebabkan paparan yang jimat tenaga itu, Motorola mendakwa ia mampu bertahan sehingga 2 hari lamanya. Untuk bateri gergasi tersebut, agak mengecewakan kerana pengecasan pantas hanya selaju 18W sahaja. Berita baiknya, Motorola turut menyokong pengecasan tanpa wayar namun tidaklah sepantas mana. Hanya 15W sahaja.

Antara fungsi yang peminat mahukannya membuat kemunculan semula adalah bicu audio 3.5mm dan fungsi ini wujud pada Edge+.

Di AS, peranti dijual berharga $1,000 (~RM4,362) dalam 2 pilihan warna Smokey Sangria dan Thunder Grey.

Motorola Edge


Walau pun namanya hampir sama, Motorola Edge merupakan peranti dengan spesifikasi kelas pertengahan. Berbeza dengan Edge+, peranti ini menggunakan cip Snapdragon 765 dan turut juga menyokong rangkaian 5G.

Motorola Edge launches today after leaks, plus more tech news you ...

 

Rekaan keseluruhan adalah sama dengan paparan melimpah 6.7 inci AMOLED Full HD+ dengan panel 90Hz. Namun kali ini tiada sokongan piawaian HDR10+. RAM peranti adalah sedikit kecil 4GB/6GB serta storan dalaman 128GB namun sedikit berbeza kerana terdapat sokongan kad microSD.

Tetapan kamera belakang juga menerima perkakas berlainan. Pada Edge terdapat sensor 64MP utama, 8MP telefoto 2x optikal zum, dan 16MP sudut lebar. Sensor swafoto walau bagaimanapun adalah sama dengan Edge+ iaitu 25MP yang diletakkan dalam lubang pada paparan peranti.



Bateri pada Edge berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 18W. Akan tetapi, tiada pengecasan tanpa wayar disertakan.

Kedua-dua model Edge+ dan Edge mempunyai pembesar suara stereo. Ia menjalankan Android 10 dan Motorola menjanjikan sekurang-kurangnya Android 11 dalam jangka hayat peranti ini.

Motorola Edge dijual berharga 599euro (~RM2,824) dalam 2 pilihan warna - Solar Black dan Midnight Magenta.