Motorola Moto G9 Hadir Dengan Snapdragon 662, Bateri 5000mAh Serta Pengecasan 20W

Siri G merupakan antara model popular yang ditawarkan oleh Motorola. Terkini mereka melancarkan Moto G9 sebagai sebuah model terkini dalam kelas pertengahan.

https://www.youtube.com/watch?v=f2qVU5ait9A

Moto G9 membawakan skrin bersaiz 6.5 inci pada resolusi HD+ sahaja. Pada bahagian atas skrin terdapat takuk kecil yang dimuatkan dengan kamera swafoto 8MP.

Bahagian belakang, terdapat 3 tetapan kamera dalam modul petak iaitu 48MP utama, 2MP potret dan 2MP makro. Pada logo "M" Motorola itu juga diletakkan pengimbas cap jari sebagai ciri keselamatan biometrik.



Moto G9 dijana oleh cip Snapdragon 662 dengan 4GB RAM dan storan dalaman 64GB. Telefon juga turut menyokong kad microSD untuk penambahan storan.



Selain itu, tarikan utama telefon adalah bateri berkapasiti 5,000mAh. Ia juga turut menyokong pengecasan pantas 20W yang disalurkan melalui USB-C.



Buat masa ini, Motorola Moto G9 hanya dijual di India sahaja dengan harga INR 11,499 (~RM647).

Rujukan: Moto G9 India