Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
moto g 5g plus

Moto G 5G Plus Dilancarkan – Peranti Pertama Untuk Siri G Motorola Dengan Sokongan 5G

Diterbitkan Julai 7, 2020 oleh Meor Hasyim

Siri G dalam keluarga Motorola sentiasa mengutamakan nilai ‘berbaloi’ dalam nisbah spesifikasi dan harga. Jadi, agak aneh jika siri ini mahu dimuatkan dengan sokongan 5G yang sudah tentu akan menaikkan harga peranti.

Namun itu adalah apa yang cuba dilakukan oleh Motorola dengan melancarkan Moto G 5G Plus. Jika diikutkan dengan posisi peranti dalam pasaran, Motorola cuba untuk memasarkan peranti ini dalam harga lingkungan mampu milik untuk sebuah peranti 5G.

Bermula dari paparan, ia berukuran 6.7 inci FullHD+ dan mempunyai kadar segar semula 90Hz. Paparan itu juga turut dimuatkan dengan dwi-lensa swafoto berbentuk lubang 16MP utama serta 8MP sudut lebar.

moto-g5g-plus-pdp-render-4qbjsnyrm

 

 

Beralih ke belakang, peranti menggunakan modul kamera berbentuk bulat. Di dalamnya terdapat tetapan kuad kamera 48MP utama, 8MP sudut lebar, 5MP makro, dan 2MP depth.

Untuk prestasi, peranti dijana cip Snapdragon 765 dengan padanan RAM 4GB/6GB dan 64GB/128GB untuk storan dalaman. Ia kemudiannya turut menyokong storan tambahan microSD.

Bateri peranti berkapasiti 5,000mAh dan menyokong 20W pengecasan pantas. Antara ciri lain adalah bicu 3.5mm, NFC dan fungsi kalis renjisan air. Terdapat juga pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian butang kuasa di sisi peranti.

Moto G 5G Plus announced as the maker’s most affordable 5G phone in Europe

Sebagai sebuah peranti 5G mampu milik, ia dipasarkan bermula harga €349 (~RM1,683) untuk pasaran Eropah sahaja buat masa ini. Ketibaannya untuk pasaran Malaysia masih belum diketahui lagi.

Sumber: Motorola UK

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY