Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Motorola Mengacah RAZR Boleh Lipat Bakal Dilancarkan 13 November

Motorola Mengacah RAZR Boleh Lipat Bakal Dilancarkan 13 November

Diterbitkan Oktober 18, 2019 oleh Meor Hasyim

Berita mengenai Motorola bakal membuat kemunculan semula peranti ikonik RAZR mereka telah berlegar di internet sejak tahun lepas. Pada hujung September lalu, pihak Motorola telahpun memberitahu bahawa peranti itu akan tetap dilancarkan sebelum tahun 2019 berakhir.

Hari ini, melalui CNET, Motorola telah menghantar jemputan yang mengacah kepada pelancaran peranti boleh lipat mereka itu.

Dengan kapsyen “An original unlike any other”, ia jelas merujuk kepada telefon legenda RAZR mereka yang pernah menjadi jualan laris pada awal dekad 2000-an dahulu. Mengikut CNET lagi, jemputan itu disertakan dengan kapsyen “You’re going to flip”.

Peranti dengan skrin boleh lipat ini dilaporkan akan hadir dengan harga mencecah $1500 (~RM6,272). Juga dilaporkan ia akan dijana oleh Snapdragon 710 dan bersaiz 6.2 inci.

Melihatkan beberapa masalah yang dialami oleh Huawei dan juga Samsung dalam mengeluarkan peranti boleh lipat mereka, adakah Motorola dapat mengelakkan isu yang sama? Sama-sama kita nantikan pelancarannya bulan hadapan.

Sumber : CNET

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY