Moto G Fast
Moto G Fast merupakan peranti yang lebih berkuasa antara kedua-dua model yang dilancarkan. Ia hadir dengan paparan 6.4 inci LCD beresolusi HD+. Peranti dijana oleh cip pemprosesan Snapdragon 665 bersama-sama 3GB RAM dan storan dalaman 32GB yang menyokong kad microSD.

Sistem kamera belakang mempunyai 3 lensa - 16MP utama, 8MP sudut ultra lebar, dan 2MP makro. Swafotonya pula adalah sensor 8MP.
Untuk pengecasan, kapasiti baterinya adalah sebesar 4,000mAh. Walaupun ia hanya menyokong pengecasan selaju 10W, berita baiknya adalah ia melalui USB-C, bukannya micro-USB.
Terdapat pengimbas cap jari pada bahagian belakang peranti, selain memuatkan bicu audio 3.5mm dan piawaian IP52.
Moto G Fast hanya dijual untuk pasaran AS sahaja buat masa ini dengan harga jualan $200 USD (~RM853).
Moto E
Moto E ini pula merupakan peranti yang lebih bajet dengan spesifikasi sedikit rendah. Ia hadir dengan Snapdragon 632 dengan RAM 2GB. Storan dalaman pula adalah 32GB dengan microSD.

Skrin peranti berukuran 6.2 inci HD+ berpanelkan LCD. Pada bahagian belakang terdapat pengimbas cap jari, dan juga 2 kamera belakang 13MP utama dan 2MP depth. Kamera hadapan pula adalah 5MP.
Bateri adalah sedikit kecil berbanding Moto G Fast dengan kapasiti 3,550mAh. Apa yang mengecewakan adalah peranti ini masih menggunakan micro-USB untuk tahun 2020.
Berbeza dengan Moto G Fast, peranti hanya mempunyai piawaian IPx2 untuk renjisan air sahaja. Untuk harga jualan, Moto E dipasarkan pada harga $150 usd (~RM640) sebuah.
Sumber: Motorola AS
Beli peranti Motorola di -
Lazada: https://invol.co/cloro5
Shopee: https://invol.co/cloro4
Berkaitan
- Samsung Galaxy A42 5G Akan Jadi Telefon Pertama Dengan Cip Snapdragon 750G
- Ini Caranya Untuk Semak Perubahan Harga Jualan Lazada Dan Shopee Dengan Mudah
- Google Menentang Mod Kecantikan Dalam Kamera, Beri Impak Negatif Kepada Pengguna
- Ming-Chi Kuo: iPhone Tahun 2021 Tidak Akan Mempunyai Lubang Pengecasan Lightning
- SpaceX Akan Hantar Ganja Dan Kopi Ke Angkasa Untuk Tujuan Penyelidikan
- Huawei Mate 30 Pro 5G Akan Jadi Peranti Pertama Rasmi Untuk Guna Rangkaian 5G Di Malaysia
- Lawak Kampus Akan Dijadikan Siri Animasi TV Oleh Studio Lil Critter Workshop
- Imej Huawei Mate 40 Pro Perlihatkan Rupa Modul Kamera Yang Janggal
- Huawei MateBook 13 Dan 14 Kini Lebih Berkuasa, Hadir Dengan Cip AMD Ryzen 4000
- G Suite Dijenamakan Semula Kepada Google Workspace Bersama Pelbagai Ikon Baharu