Akhirnya pada tahun 2019, Moto 360 membuat kemunculan semula, namun kali ini ia tidak dibuat oleh Motorola sebaliknya sebuah syarikat lain bernama eBuyNow. Moto 360 yang kini memasuki versi ketiga ini menjalankan Wear OS, Snapdragon 3100, 1GB RAM dan 8GB storan dalaman. Ia juga mempunyai pemantauan kadar degupan jantung, GPS dan juga NFC untuk pembayaran mudah alih.
Skrin jam pintar berukuran 1.2 inci dengan resolusi 390 x 390 OLED serta menyokong paparan always-on. Paparan jam dilindungi oleh kaca Gorilla Glass 3. Terdapat 2 butang di mana salah satunya boleh diputarkan sama seperti jam Apple Watch. Terdapat bateri bersaiz 355mAh dan boleh dicas penuh dalam 60 minit. Jam tersebut juga mempunyai ketahanan air sehingga 3ATM.
Terdapat juga mod penjimatan bateri di mana hayat bateri jam akan dipaparkan sehingga 3 hari walaupun bateri berada pada paras kritikal. Ia hadir dengan 3 pilihan warna Steel Grey, Rose Gold, dan Phantom Black.
Jam pintar Moto 360 baharu ini dijual pada harga $350 USD sekitar RM1,464 dan boleh membelinya melalui pra-tempahan di laman moto360.com.
Berkaitan
- vivo Sedang Bangunkan Jam Pintar, Dijangka Diperkenalkan Pada Bulan Hadapan
- XDA Dengan Kerjasama F(x)tec Hasilkan Telefon Pintar Yang Menjalankan LineageOS Dan Ubuntu Touch
- Papan Pintar Yang Buatkan Anda Mahu Kembali Semula Ke Sekolah
- Mi True Wireless Earphones 2 Basic Kini Rasmi - Rekaan Kuboid Baharu Dengan Ketahanan Bateri 20 Jam
- (Ulasan) Amazfit GTR 2e - Jam Pintar Elegan, Lebih Mampu Milik
- Ini Adalah Telefon Pintar Pertama Dengan CPU Cecah Kelajuan 1GHz
- Syarikat Di Sebalik KakaoTalk Melancarkan Telefon Pintar Pertama Mereka Dinamakan Stage 5G
- Snapdragon 870 Akan Jadi Cip Eksklusif Untuk Telefon Pintar OPPO
- Pengeluaran Telefon Pintar Huawei Dijangka Terus Menjunam Untuk Tahun 2021
- 5 Inovasi Telefon Pintar Yang Gagal Suatu Masa Dahulu