Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
2020_Odessa_BasicPack_CopperRose_HERO (1)

Motorola Memperkenalkan Moto G9 Plus Dengan Snapdragon 730G Dan Bateri 5000mAh

Diterbitkan September 11, 2020 oleh Meor Hasyim

Siri G sebagai kelas mampu milik dalam jenama Motorola sekarang ini telah mencapai generasi yang kesembilan.

Setelah melancarkan Moto G9 dan Moto G9 Play, Motorola kini melancarkan Moto G9 Plus, model dengan saiz lebih besar bersaiz 6.8 inci dan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Motorola Memperkenalkan Moto G9 Plus Dengan Snapdragon 730G Dan Bateri 5000mAh

Ia membawakan Snapdragon 730G berserta RAM 4GB dan 128GB storan dalaman.

Skrinnya adalah beresolusi FHD+ dan panel LCD dan dilengkapi dengan lubang kamera swafoto punch-hole.

Terdapat 3 kamera dengan 64MP utama, 8MP sudut lebar, dan 2MP depth. Manakala swafotonya menggunakan lensa 16MP.

Motorola Memperkenalkan Moto G9 Plus Dengan Snapdragon 730G Dan Bateri 5000mAh

Untuk bateri yang berkapasiti 5,000mAh itu, pengecasan pantas TurboPower 30W turut disertakan.

Antara ciri lain adalah NFC, Bluetooth 5.0, dan 3.5mm bicu audio.

Motorola Moto G9 Plus buat masa ini dijual di Brazil dengan harga sekitar RM1,756. Tidak diketahui sama ada ia akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia atau tidak.

Sumber: Motorola Brazil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY