Motorola Edge S Kini Rasmi Sebagai Telefon Pertama Dengan Snapdragon 870

Seperti yang dijanjikan, Motorola kini telah melancarkan Edge S di China yang juga merupakan telefon pintar pertama dengan cip Snapdragon 870.

https://www.youtube.com/watch?v=nlyhOBhKD00

Ia hadir dengan paparan 6.7 inci FHD 90Hz melalui panel IPS LCD. Pada skrinnya terdapat 2 lubang swafoto 16MP utama dan 8MP sudut lebar. Bukan berbentuk pil, tetapi dua lubang berasingan.

Bahagian belakang terdapat 3 unit lensa disusun secara petak membariskan 64MP utama, 16MP sudut lebar, 2MP depth, dan tambahan unit ToF 3D.



Dengan cip Snapdragon 870, cip ini hampir sama sahaja dengan prestasi dari Snapdragon 865+. Ia mempunyai 5G terbina dan Motorola memberi pilihan memori sama ada 6GB/128GB atau 8GB/256GB berasaskan UFS 3.1.

Motorola Edge S dikuasakan dari kapasiti bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 20W. Pengecas masih lagi disertakan menandakan Motorola masih belum mengikuti trend arus perdana pasaran telefon pintar.

Antara ciri lain adalah penarafan kali air IP52, bicu audio 3.5mm, dan mod desktop seperti Samsung Dex.

Apa yang menarik adalah harga jualan yang agak rendah untuk sebuah telefon dengan cip prestasi tinggi iaitu bermula 1,999 yuan (~RM1,250).

Sumber: Motorola