Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dummy iPhone 18 Pro_5

Model ‘Dummy’ iPhone 18 Pro Tertiris, Dedah Empat Pilihan Warna

Diterbitkan Mei 29, 2026 · Dikemas kini Mei 29, 2026 oleh Amalina Athman

Peniris terkenal Sonny Dickson kini berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan model dummy iPhone 18 Pro dalam pilihan warna Light Blue, Black, Silver dan Dark Cherry. Ini juga merupakan kali pertama warna-warna yang dikhabarkan sebelum ini dipaparkan dalam bentuk fizikal sebenar dan bukan sekadar imej komputer.

Menurut Dickson, warna Dark Cherry berpotensi menjadi popular seperti mana Cosmic Orange pada iPhone 17 Pro sebelum ini.

dummy iPhone 18 Pro_1
Foto: Sonny Dickson

Warna Dark Cherry sebenarnya sudah mula diperkatakan sejak awal tahun ini apabila Mark Gurman dari Bloomberg melaporkan Apple sedang menguji kemasan Deep Red untuk iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max.

Laporan susulan Macworld kemudian mendedahkan warna tersebut dikenali sebagai Dark Cherry (Pantone 6076), yang lebih menyerupai warna wain berbanding merah terang.

Selain itu, laporan sama turut menyebut Light Blue (Pantone 2121) akan tampil hampir sama seperti warna Mist Blue pada iPhone 17. Silver (Pantone 427C) pula dikatakan masih mengekalkan gaya warna sedia ada, manakala Dark Gray (Pantone 426C) menjadi pilihan warna gelap baharu dalam siri tersebut.

Walaupun terdapat spekulasi bahawa warna Cosmic Orange mungkin dikekalkan kerana popularitinya, nampaknya warna itu tidak akan diteruskan untuk iPhone 18 Pro. Sebaliknya, Apple dijangka membawa semula pilihan warna hitam untuk model Pro, sesuatu yang sudah lama dinantikan sebahagian pengguna iPhone.

dummy iPhone 18 Pro_2
Foto: Sonny Dickson

Walaupun begitu, model dummy seperti ini biasanya dihasilkan menggunakan bahan plastik atau logam biasa dan tidak mewakili sepenuhnya kemasan akhir produk sebenar. Ini bermakna rona warna sebenar mungkin sedikit berbeza apabila Apple melancarkan model iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max secara rasmi nanti.

Berkaitan

  • Bloomberg: Pelancaran iPhone 18 Akan Dibahagikan Dua Fasa
  • Dynamic Island iPhone 18 Pro Dijangka Lebih Kecil, Kamera Depan Kekal Di Tengah
  • iPhone 18 Pro Mungkin Hadir Dengan Pilihan Warna 'Deep Red'
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY