Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 18 Pro red_rumors

iPhone 18 Pro Mungkin Hadir Dengan Pilihan Warna ‘Deep Red’

Diterbitkan Februari 23, 2026 ยท Dikemas kini Februari 23, 2026 oleh Amalina Athman

Apple kini sedang mempertimbangkan pilihan warna baharu “deep red” untuk iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max, lapor Mark Gurman dalam edisi terbaru Power On Bloomberg.

Melihat populariti Cosmic Orange sebelum ini, tidak mustahil Apple akan mengekalkan pilihan itu dan menambah merah sebagai pilihan tambahan. Bagaimanapun, warna merah dan jingga mungkin terlalu hampir untuk kedua-duanya ditawarkan serentak.

Setakat ini, Gurman berkata merah menjadi warna utama baharu yang sedang diuji untuk iPhone Pro generasi baru.

Sebelum ini, terdapat khabar angin mengenai kemungkinan kemasan ungu dan coklat untuk iPhone 18 Pro. Namun, beliau berkata pilihan warna itu dipercayai hanya varian daripada idea merah yang sama, memandangkan ronanya agak serupa. Dengan kata lain, kedua-duanya kemungkinan besar tidak akan ditawarkan secara rasmi.

Bagi iPhone boleh lipat pula, Apple dijangka mengekalkan kemasan tradisional seperti kelabu gelap, hitam, putih atau perak dan mengelak daripada warna ceria.

Apple dijangka akan mengumumkan iPhone 18 Pro dan model iPhone boleh lipat pada September.

Berkaitan

  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • iPhone 18 Pro Mungkin Tidak Lagi Tampil Dengan Rekaan Dua Warna
  • iPhone 18 Pro Dijangka Ada 6 Peningkatan Baharu
  • Dynamic Island iPhone 18 Pro Dijangka Lebih Kecil, Kamera Depan Kekal Di Tengah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY