Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Claude Voice mode_01

Mod Suara Claude Kini Sokong Model Opus, Sonnet

Diterbitkan Julai 24, 2026 ยท Dikemas kini Julai 24, 2026 oleh Amalina Athman

Anthropic mengumumkan kemas kini untuk mod suara Claude yang kini membolehkan pengguna memilih antara tiga model AI iaitu Haiku, Sonnet dan Opus.

Sebelum ini, ciri tersebut hanya tersedia dengan model Haiku yang direka untuk memberikan respons pantas kepada soalan ringkas, namun kurang sesuai bagi tugasan yang lebih kompleks.

Menerusi kemas kini ini, mod suara Claude akan menggunakan model terakhir yang dipilih pengguna dalam perbualan dan secara automatik menjalankan versi terpantas model tersebut ketika berinteraksi menggunakan suara.

Voice mode now runs on Claude's more capable models and reaches the tools you've connected mid-conversation.

Talk through the hard problems out loud, in many more languages. pic.twitter.com/k0CWAGjLdK

— Claude (@claudeai) July 23, 2026

Dengan sokongan Opus dan Sonnet, pengguna kini boleh mendapatkan respons dan analisis yang lebih mendalam melalui perbualan suara.

Selain itu, mod suara Claude turut diperluaskan kepada lebih banyak bahasa, termasuk bahasa Perancis, Sepanyol, Hindi dan Jepun.

Claude Voice mode_01

Dalam masa yang sama, Anthropic juga memperluaskan akses mod suara kepada aplikasi pihak ketiga seperti Gmail, Slack dan Canva, sekali gus membolehkan Claude membantu melaksanakan lebih banyak tugasan merentas aplikasi.

Ketersediaan

Kemas kini ini tersedia dalam versi beta awam (public beta) untuk semua pengguna di platform mudah alih, web dan desktop. Namun, pengguna percuma hanya boleh menggunakan model Haiku dengan had satu aplikasi yang disambungkan.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Anthropic Perkenal Claude Opus 4.8 Dengan Peningkatan Prestasi, Ciri Baharu
  • Claude Sonnet 5 Dilancarkan - Kini Model 'Default' Untuk Pengguna Percuma, Pro
  • Ini Sebab ChatGPT, Claude dan Gemini 'Tak Suka' Fail PDF Anda
  • Claude Code Kini Boleh Jalankan iOS Simulator Terus Dalam Desktop

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY