Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pdf vs md untuk chatgpt

Ini Sebab ChatGPT, Claude dan Gemini ‘Tak Suka’ Fail PDF Anda

Posted on Julai 7, 2026

Bagi pengguna ChatGPT, Gemini, Claude dan chatbot AI yang lain, tahukah anda PDF bukanlah format terbaik untuk AI proses?

Ya, PDF ialah format paling terkenal namun ia bukanlah bahasa yang ‘digemari’ AI.

Format terbaik dan paling mesra AI ialah Markdown (.md).

Apa masalah AI dengan PDF?

Sebelum kita berkenalan dengan Markdown (MD), anda pasti musykil, kenapa saya katakan PDF bukan format terbaik untuk AI sedangkan anda tak hadapi isu pun selama ini?

What Does PDF Stand For - Meaning & History - PDFTool.io

Format PDF dicipta untuk perkongsian dan cetakan, jadi visual dalam fail adalah statik di mana-mana peranti.

Bila anda muat naik PDF, AI perlu mengekstrak dan proses segala ‘sampah’ visual (margin halaman, header/footer, susunan columns, dan garisan jadual yang berselerak) untuk mendapatkan teks dan memahami struktur mesej.

Cara AI proses PDF
Sumber: Explosion AI

Proses ini memakan token yang lebih banyak dan masa lebih panjang. Bahkan, ia juga berkemungkinan salah baca jadual dalam PDF anda.

PDF tak ada konsep “ini row, ini column” macam Word. Ia cuma simpan kedudukan setiap teks atas page. Bila AI cuba susun semula jadual tu, ada risiko baris dan lajur tercampur, terutamanya kalau jadual tu kompleks.

Kalau PDF tersebut hasil imbasan di ‘scanner’, ini lebih parah kerana risiko lebih tinggi untuk AI salah baca contohnya “200” jadi “260”.

Isu bila minta AI proses PDF

  • Ambil lebih banyak token sebab proses lebih panjang
  • Makan lebih banyak masa kerana perlu ekstrak
  • Risiko AI salah baca aksara
  • Risiko jejaskan jawapan dan analisis keseluruhan

Apa itu Markdown?

Kenalkan, Markdown (.md) iaitu ‘bahasa ibunda’ AI.

apa itu markdown
Sumber: Tom McFarlin

Ia adalah format teks kosong yang guna simbol ringkas untuk tandakan struktur, seperti heading, senarai, bold, italic tanpa perlu format visual seperti Word atau Google Docs.

MD dicipta pada asalnya supaya teks mudah dibaca dan senang ditukar ke format lain seperti HTML.  Jadi, ia mudah disunting dan mudah dihadam AI, berbanding PDF yang dicipta memang untuk kekalkan rupa visual, bukan untuk disunting semula.

apa tu markdown
Sumber: R Studio

Jadi, tiada proses ekstrak yang rumit kerana tiada susun atur untuk dihadam. AI terus baca apa yang tertulis.

Sebenarnya, AI sendiri jawab dalam format Markdown namun anda tidak sedar kerana chatbot akan proses dan paparkan dalam visual yang lebih sedap mata memandang.

Walaupun ia hanya menggunakan simbol-simbol asas, ia sudah cukup untuk membentuk dokumen yang sangat kemas. Disebabkan ia mengandungi 100% teks dan tiada ‘sampah digital’ yang tersembunyi (seperti kod jenis font, saiz tulisan, atau margin kertas), format inilah yang menjadi ‘makanan’ paling sihat dan mudah dihadam untuk AI.

Apa perlu saya buat lepas ni?

Jika anda buat dokumen dalam Google Docs, anda sebenarnya boleh muat turun dokumen tersebut sebagai Markdown (.md) terus. Ini amalan terbaik.

download pdf as md

Kalau saya cuma ada PDF?

Walau bagaimanapun,  bukan semua PDF tak bagus untuk AI.

PDF yang ringkas, satu lajur, teks penuh (bukan hasil imbasan) masih boleh diproses AI dengan cukup baik. Risiko meningkat kalau PDF tersebut ada susun atur berlapis, jadual kompleks atau hasil ‘scan’.

Tapi jika anda masih nak convert ke MD,  maka anda boleh lakukannya melalui AI sendiri atau platform pihak ketiga seperti CloudConvert atau mana-mana platform yang anda percaya.

Sumber: Alice Yang

Kalau nak mudah, muat naik saja di platform AI yang sama anda gunakan namun jangan lupa untuk semak kesahihan output.

Tapi kenapa masih guna AI untuk convert PDF ke MD kalau AI boleh baca PDF dari awal?

Jawapannya bergantung pada cara anda guna fail tersebut.

AFP, AI
This illustration picture shows icons of Google’s AI (Artificial Intelligence) app BardAI (or ChatBot) (C-L), OpenAI’s app ChatGPT (C-R) and other AI apps on a smartphone screen in Oslo, on July 12, 2023. (Photo by OLIVIER MORIN / AFP)

Kalau fail tu cuma untuk rujukan sekali sahaja dalam satu-satu chat, maka tak perlu susah-susah convert.

Tapi kalau fail tu akan disimpan sebagai rujukan tetap, contohnya dalam Claude Projects atau Custom GPT yang anda guna berulang kali, anda sebaiknya convert ke MD untuk jimatkan kos token setiap kali AI rujuk fail tersebut dan kurangkan risiko AI salah baca dokumen setiap kali ia proses fail asal PDF.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress