Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Claude Opus 4.8

Anthropic Perkenal Claude Opus 4.8 Dengan Peningkatan Prestasi, Ciri Baharu

Diterbitkan Mei 29, 2026 · Dikemas kini Mei 29, 2026 oleh Amalina Athman

Anthropic kini memperkenalkan model AI terbaharunya, Claude Opus 4.8, yang hadir dengan peningkatan prestasi dalam pengekodan, penaakulan serta tugasan AI berasaskan ejen.

Menurut Anthropic, Claude Opus 4.8 dibina berasaskan Opus 4.7 dengan penambahbaikan pada pelbagai penanda aras, selain direka untuk menjadi ‘rakan kolaborasi’ yang lebih berkesan dalam tugasan kerja serta pembangunan perisian.

Anthropic turut mendakwa antara peningkatan paling ketara pada model ini ialah dari segi kejujuran. Penguji awal dilaporkan mendapati Opus 4.8 lebih cenderung menandakan ketidakpastian terhadap hasil kerjanya sendiri dan kurang membuat dakwaan tanpa sokongan.

Opus 4.8 dikatakan sekitar empat kali kurang berkemungkinan membiarkan kelemahan dalam kod yang ditulisnya terlepas tanpa disedari berbanding model sebelumnya.

Dari segi prestasi, Opus 4.8 mencatat skor 69.2% dalam ujian SWE-Bench Pro, sekali gus mengatasi GPT-5.5 dan Gemini 3.1 Pro dalam beberapa penanda aras tertentu. Namun begitu, GPT-5.5 masih mendahului dalam ujian pengekodan terminal.

Claude Opus 4.8_1

Selain model baharu ini, Anthropic turut memperkenalkan beberapa ciri tambahan untuk ekosistem Claude. Antaranya termasuk Dynamic Workflows yang membolehkan Claude Code mengendalikan tugasan lebih besar dengan menjalankan ratusan subajen secara serentak dalam satu sesi, termasuk migrasi kod berskala besar.

Ciri Effort Control pula membolehkan pengguna memilih tahap “usaha” yang digunakan Claude ketika menjawab sesuatu permintaan.

Anthropic turut mengemas kini Messages API untuk membolehkan pembangun mengubah arahan Claude ketika sesuatu tugasan sedang berjalan tanpa perlu memulakan semula sesi.

Ketersediaan

Claude Opus 4.8 kini tersedia secara global dengan harga penggunaan biasa yang masih sama seperti Opus 4.7.

Dalam pada itu, Anthropic juga sedang membangunkan model AI baharu yang lebih pintar daripada Opus, serta model dengan keupayaan hampir sama tetapi pada kos lebih rendah.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Anthropic Perkenal Ciri Baharu Claude Yang Boleh Kawal Mac Anda Dari Jauh
  • Anthropic Perkenal Claude Opus 4.7
  • Pelanggan Claude Pro Dan Claude Max Kini Nikmati Kuasa Tambahan Dari 220,000 GPU Nvidia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY