Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Claude Sonnet 5 Dilancarkan – Kini Model ‘Default’ Untuk Pengguna Percuma, Pro

Posted on Julai 1, 2026Julai 1, 2026

Anthropic hari ini melancarkan Claude Sonnet 5, yang disifatkannya sebagai model Sonnet paling berkeupayaan ejen (agentic) setakat ini.

Model ini mampu merancang tugasan, menggunakan alat seperti pelayar web dan terminal, serta melaksanakan tugasan secara autonomi pada tahap yang menurut Anthropic, sebelum ini hanya mampu dicapai oleh model AI yang lebih besar dan lebih mahal.

Berbanding Claude Sonnet 4.6, Sonnet 5 membawakan peningkatan ketara dalam aspek penaakulan, penggunaan alat, pengekodan serta tugasan berasaskan pengetahuan. Prestasinya juga dikatakan hampir menyamai Claude Opus 4.8, tetapi pada kos yang lebih rendah.

Skor Claude Sonnet 5 dalam pelbagai penilaian berbanding Claude Sonnet 4.6 dan Claude Opus 4.8 (model yang mempunyai keupayaan lebih menyeluruh, sebagai rujukan).

Menurut syarikat itu, maklum balas daripada kumpulan pengguna awal mendapati Sonnet 5 mampu menyiapkan tugasan kompleks yang sebelum ini gagal diselesaikan oleh model Sonnet terdahulu. Model ini juga boleh menyemak semula hasil kerjanya sendiri tanpa perlu diarahkan, selain menjalankan tugasan berasaskan ejen dengan lebih cekap dari segi kos.

Dari sudut keselamatan, Anthropic memaklumkan penilaiannya menunjukkan Sonnet 5 mencatat kadar tingkah laku tidak diingini lebih rendah berbanding Sonnet 4.6, sekali gus menjadikannya lebih sesuai digunakan dalam senario yang memerlukan AI bertindak secara autonomi.

Pada masa sama, model ini turut dinilai mempunyai keupayaan yang jauh lebih rendah untuk melaksanakan tugasan berkaitan keselamatan siber berbanding model Opus semasa.

Ketersediaan

Bermula hari ini, Claude Sonnet 5 tersedia kepada semua pengguna Claude. Ia menjadi model default bagi pelan Free dan Pro, manakala pengguna Max, Team serta Enterprise turut boleh menggunakannya. Model ini juga boleh diakses melalui Claude Code, Claude Platform dan API Claude.

Bagi pembangun, Anthropic menawarkan harga pengenalan sehingga 31 Ogos 2026, iaitu AS$2 bagi setiap sejuta token input dan AS$10 bagi setiap sejuta token output. Selepas tempoh tersebut, harga standard ialah AS$3 bagi setiap sejuta token input dan AS$15 bagi setiap sejuta token output.

Anthropic turut memaklumkan bahawa had penggunaan bagi Chat, Cowork, Claude Code dan Claude Platform telah ditingkatkan untuk menyokong penggunaan token yang lebih tinggi.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress