Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rangkaian 5G Di Malaysia Dijangka Akan Diperkenalkan Seawal Penghujung Tahun 2022

Liputan 5G Di Kawasan Berpenduduk Di Malaysia Kini Capai 81.7% – Teo Nie Ching

Diterbitkan Julai 3, 2024 · Dikemas kini Julai 3, 2024 oleh ariff bukhari

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, hari ini memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa, capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini sudah mencapai tahap 81.7 peratus, dengan siapnya 7,114 tapak 5G di seluruh negara setakat ini.

Memetik sumber Bernama, Timbalan Menteri itu berkata,

“Di Kuala Lumpur peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk pada tahap (97.7%), Putrajaya (97.3%), Selangor (96.1%), Johor (83.1%), Melaka (88.6%), Negeri Sembilan (77.5%), Pulau Pinang (91.1%) dan Perak (79.8%),”

Teo berkata, status liputan 5G di kawasan berpenduduk di beberapa negeri lain pula seperti Kedah adalah pada tahap 80.1 peratus, Perlis (91.4%), Pahang (65.5%), Terengganu (72.7%), Kelantan (66.4%), Sabah (68.6%), Labuan (94.4%) dan Sarawak (62%).

Beliau memaklumkan perkara itu bagi menjawab soalan Hassan Saad (PN-Baling) yang ingin tahu perancangan kerajaan untuk membina lebih banyak pencawang bagi tujuan meningkatkan kadar capaian Internet berkelajuan tinggi (5G) di kawasan pedalaman dengan lebih menyeluruh.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Pelan Prabayar U Mobile Kini Tawar 2X Ganda Kelajuan Pada Harga Sama

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY