Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Misteri Bumbung Rumah Dihentam Objek Angkasa Lepas Terjawab, NASA Bertanggungjawab

Misteri Bumbung Rumah Dihentam Objek Angkasa Lepas Terjawab, NASA Bertanggungjawab

Diterbitkan April 16, 2024 ยท Dikemas kini April 16, 2024 oleh ariff bukhari

Objek misteri yang terhempas melalui bumbung rumah di Florida bulan lalu akhirnya terjawab selepas NASA mengesahkan bahawa objek itu datang daripada Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Pemilik rumah itu yang terletak di bandar tepi laut Naples, Alejandro Otero juga mendakwa, objek itu hampir mengenai anaknya.

Sejurus selepas kejadian 8 Mac itu, dia ada menyangkakan objek itu adalah sebahagian daripada ISS.

https://twitter.com/Alejandro0tero/status/1768729031493427225

Dan sememangnya dia betul selepas analisis NASA mengesahkan objek itu yang dilakukan di Pusat Angkasa Kennedy Florida.

NASA menyatakan, objek itu adalah sebahagian daripada palet kargo yang mengandungi bateri nikel-hidrida yang dibuang dari ISS pada Mac 2021 dahulu.

Bateri itu telah dibuang selepas versi litium-ion baharu dihantar ke ISS untuk naik taraf bekalan kuasa.

“Berdasarkan pemeriksaan, agensi menentukan serpihan itu sebagai penahan daripada peralatan sokongan penerbangan NASA yang digunakan untuk memasang bateri pada palet kargo,” NASA dalam satu kenyataan.

Misteri Bumbung Rumah Dihentam Objek Angkasa Lepas Terjawab, NASA Bertanggungjawab
Objek yang menghentam bumbung rumah itu adalah seketul silinder sampah angkasa lepas yang diperbuat daripada aloi logam yang dipanggil Inconed.. Ia mempunyai berat 1.6 paun (0.7 kg) dan berukuran 4 inci (10 sentimeter) tinggi dengan lebar 1.6 inci (4 cm).

NASA menjelaskan, palet dan bateri seberat 5,800 pounds (2,630 kilogram) yang dibuang itu dijangka terbakar sepenuhnya di atmosfera Bumi, namun ia tidak berlaku. Kini agensi itu ingin mengetahui sebabnya.

“Stesen Angkasa Antarabangsa akan melakukan penyiasatan terperinci mengenai jettison dan analisis kemasukan semula untuk menentukan punca kelangsungan serpihan dan untuk mengemas kini pemodelan dan analisis, seperti yang diperlukan,” NASA.

Respon terhadap insiden itu, NASA menyatakan komited mereka untuk beroperasi secara bertanggungjawab di orbit rendah Bumi, dan mengurangkan sebanyak mungkin risiko untuk melindungi orang di Bumi apabila perkakasan angkasa mesti dikeluarkan.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Sambar iPhone Raya Sekarang Serendah RM46/bulan Dan Jimat Sehingga RM750

Sumber: NASA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar Cobot, Robot Kolaboratif AX6 Untuk 'Cleanroom' Di Asia Tenggara
  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan
  • Sony Bawa Kembali Reka Bentuk Ikonik Fon Kepala Walkman 1979 - Kini Dengan USB-C, Harga Dari RM259
  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
©2026 WISER.MY