Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘s First AI-Powered Bank BM

Malaysia Lancar Bank Pertama Di Dunia Dikuasakan AI

Diterbitkan Ogos 25, 2025 · Dikemas kini Ogos 25, 2025 oleh ariff bukhari

Malaysia mencatat sejarah dengan pelancaran Ryt Bank, bank pertama di dunia sepenuhnya dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI).

Dibangunkan oleh YTL Group dengan kerjasama Sea Limited, Ryt Bank dicipta khas untuk rakyat Malaysia, menggunakan bahasa, budaya dan gaya hidup tempatan sebagai asas pengalaman perbankannya.

“Dengan Ryt Bank, kita membuktikan Malaysia mampu melahirkan inovasi bertaraf dunia yang berakar dari nilai tempatan. Ia adalah bank yang memahami bahasa kita, budaya kita, dan membawa pengalaman perbankan sebenar yang membanggakan,” Dato’ Seri Yeoh Seok Hong, Pengarah Urusan, YTL Power International.

Ryt Bank boleh digunakan dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin (tersedia September 2025), memastikan setiap pengguna  mudah menguruskan kewangan dalam bahasa pilihan mereka.

Ryt Bank AI chat landing

Nadi utama Ryt Bank ialah Ryt AI, pembantu pintar dikuasakan oleh ILMU, model bahasa besar pertama buatan Malaysia.

Antara keupayaan Ryt AI adalah ia boleh membaca dan membayar bil , menjejak perbelanjaan serta memberi tip simpanan harian, menerangkan asas kewangan dalam bahasa mudah dan menjamin keselamatan transaksi dengan pengesahan dan penyulitan penuh.

Ryt Bank menawarkan Simpanan Pintar dengan faedah sehingga 4% setahun yang dibayar setiap hari, tanpa tempoh lock-in.

Ryt PayLater
Poket Simpanan
Kad Ryt

Perkhidmatan Ryt PayLater, kredit segera sehingga RM1,499, tanpa dokumen, tanpa caj lewat, 0% faedah bulan pertama juga tersedia ditawar kepada para pelanggan.

Turut ditawarkan adalah servis Kad Ryt Visa di mana proses pertukaran antara debit dan kredit boleh dibuat  terus dalam aplikasi.

Pelanggan juga dapat nikmati pulangan tunai ketika berbelanja di luar negara dengan tanpa caj transaksi asing dan tawaran eksklusif.

Ryt Bank Homepage

Ryt Bank beroperasi dengan lesen rasmi di bawah Bank Negara Malaysia. Simpanan pelanggan dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000.

Ciri keselamatan termasuk log masuk biometrik, penyulitan berlapis dan amaran penipuan masa nyata.

Aplikasi kini boleh dimuat turun di App Store dan Google Play.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • CelcomDigi Dan Huawei Pertama Di Malaysia Tawar WiFi 7 Untuk Perniagaan
  • Pekerja TikTok Di Malaysia Dan UK Tergugat Dengan Gelombang AI

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY