Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
image (1)

Miliki 3 Produk Terbaru TechLife Ini Pada Harga RM999 Sahaja

Diterbitkan Jun 19, 2026 · Dikemas kini Jun 19, 2026 oleh ariff bukhari

TechLife memperkenalkan tiga produk baharu — Pad Plus 2, Smart Watch L2, dan Wireless Earbuds+ 2 yang direka dengan gabungan prestasi, mudah alih dan nilai.

TechLife Pad Plus 2 hadir dengan paparan besar 12 inci beresolusi 2K, dipacu pemproses MediaTek Helio G100, dan dimuatkan dengan bateri 9,000mAh untuk prestasi lancar dan hayat sepanjang hari.

All in one Pad Plus 2
Pad Plus 2 tersedia dalam pilihan warna Storm Grey dan Moonlight Silver. TechLife Pad Plus 2 (6+128GB) yang berharga RM899 sesuai untuk menonton video, belajar dalam talian, atau bekerja di mana sahaja.

Smart Watch L2 pula menampilkan skrin 2.02 inci dengan kecerahan sehingga 600 nits, rekaan ringan serta ketahanan IP68 terhadap habuk dan air.

Antara ciri utamanya ialah sokongan panggilan telefon menerusi sambungan Bluetooth, pembantu suara AI dan sokongan penjejakan aktiviti kesihatan.

Miliki 3 Produk Terbaru TechLife Ini Pada Harga RM999 Sahaja
TechLife Smart Watch L2 menawarkan hayat bateri antara 7 hingga 10 hari. Jam pintar ini berharga RM229.

Melengkapkan ekosistem ini ialah Wireless Earbuds+ 2, fon telinga yang dilengkapi dengan pemacu dinamik 13mm, teknologi pembatalan hingar pintar sehingga 25dB, dan sambungan Bluetooth 6.0.

KV (1)
TechLife Wireless Earbuds+ 2 didatangkan dalam warna Hitam dan Krim pada harga RM79 sahaja.

Untuk meraikan pelancaran ini, TechLife menawarkan pakej bundle istimewa di mana anda boleh memiliki ketiga-tiga produk baharu ini hanya pada harga RM999 sahaja.

Ini sekali gus memberikan anda penjimatan sebanyak RM208 berbanding harga asalnya RM1,207.

Promosi ini berlangsung dari 19 Jun hingga 18 Julai 2026 di semua kedai jenama realme dan platform rasmi TechLife di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Kabel USB Murah Didapati Mengandungi Plastik Berbahaya - EU
  • Amazfit Lancar Helio Strap Pro, Peranti Baru Jejak Degupan Jantung Dan Pergerakan Badan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY