Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Amazfit Lancar Helio Strap Pro, Peranti Baru Jejak Degupan Jantung Dan Pergerakan Badan

Amazfit Lancar Helio Strap Pro, Peranti Baru Jejak Degupan Jantung Dan Pergerakan Badan

Diterbitkan Jun 19, 2026 · Dikemas kini Jun 19, 2026 oleh ariff bukhari

Amazfit memperkenalkan Helio Strap Pro, peranti dengan sistem yang direka khusus untuk atlet lebih memahami bagaimana badan mereka berfungsi ketika aktif bersukan.

Peranti ini menggabungkan sensor gerakan pinggang dengan sensor denyutan jantung di lengan atas, memberikan gambaran lebih menyeluruh tentang kardiovaskular, kualiti pergerakan dan beban otot berbanding jam tangan pintar sahaja.

Helio Strap Pro berfungsi dengan jam tangan Amazfit Balance 3 dan Balance Ultra, serta disokong aplikasi Zepp untuk menilai prestasi selepas latihan.

Selain latihan, sistem ini menyokong pemulihan dan gaya hidup harian melalui HybridCharge™ Energy Intelligence, yang menghubungkan beban latihan (lebih 60 jenis aktiviti sukan), pemulihan dan faktor kehidupan seperti tekanan dan keletihan.

Dengan bateri tahan sehingga 40 hari, rintangan air 5 ATM, sokongan Bluetooth serta integrasi dengan Apple Health dan aplikasi pihak ketiga, Helio Strap Pro menawarkan fleksibiliti tanpa langganan bulanan.

Helio Strap Pro akan mula dijual akhir Jun 2026 ini pada harga $199.99 (~RM935.00).

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Amazfit Cheetah 2 Pro Tiba Di Malaysia Pada Harga RM2,099
  • Amazfit Balance 3 & Ultra Dilancar, Bateri Tahan Sehingga 30 Hari

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY