Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Scott Guthrie, Executive Vice President, Cloud + AI, Microsoft

Rantau Awan Baharu Microsoft Di Malaysia Janjikan AI Lebih Pantas, Data Kekal Lokal & 37,000 Peluang Kerja

Diterbitkan Mei 28, 2025 · Dikemas kini Mei 28, 2025 oleh Amalina Athman

Microsoft kini mengumumkan ketersediaan umum Malaysia West, iaitu rantau awan pertama di negara ini.

Terletak secara strategik di Greater Kuala Lumpur, rantau awan Malaysia West bakal menjadi infrastruktur awan berskala besar yang dioptimumkan untuk kecerdasan buatan (AI), dengan tiga zon ketersediaan.

Kemudahan ini akan membolehkan organisasi Malaysia memanfaatkan capaian kepada perkhidmatan awan yang boleh diskala, sentiasa tersedia dan berdaya tahan, dengan data disimpan di dalam negara, tahap keselamatan tinggi dan kadar kependaman (latency) yang lebih rendah.

Rantau awan ini juga menyediakan akses kepada pelbagai perkhidmatan moden dalam produktiviti, analisis data, keselamatan siber, pengkomputeran dan storan. Antaranya termasuk perkhidmatan seperti Microsoft Azure, Microsoft 365 serta aplikasi perniagaan Microsoft yang akan tersedia tidak lama lagi.

Antara syarikat yang sudah menggunakan perkhidmatan ini ialah Petronas, FinHero, SCICOM Berhad, Senang, SIRIM Berhad, TNG Digital dan Veeam.

Menurut International Data Corporation (IDC), rantau awan Malaysia West dijangka menjana hasil bernilai AS$10.9 bilion atau kira-kira RM46.18 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang, serta membuka 37,000 peluang pekerjaan baharu, termasuk 6,000 pekerjaan dalam bidang IT.

BINA AI Malaysia

Laurence Si, Managing Director, Microsoft Malaysia

Dalam perkembangan lain, Microsoft turut melancarkan inisiatif BINA AI Malaysia yang menyediakan infrastruktur dan penyelesaian teknologi, selain bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam industri untuk menggalakkan penggunaan AI serta membangunkan bakat yang bersedia untuk AI.

Sebahagian daripada inisiatif ini termasuk usaha menubuhkan Pusat Inovasi AI Kebangsaan Microsoft, dengan rakan strategik berpotensi seperti Petronas dan Pejabat AI Kebangsaan Malaysia (NAIO) di bawah Kementerian Digital.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Microsoft Pilih Johor Untuk Pembangunan Pusat Data Kedua
  • AI Kini Tulis Kod Untuk Microsoft, Meta Dan Google
  • Google Akan Bangun Pusat Data Besar Di Malaysia – Port Dickson Jadi Tumpuan Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY