Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ecoworld Malaysia Microsoft Payment_Iskandar Malaysia

Microsoft Pilih Johor Untuk Pembangunan Pusat Data Kedua

Diterbitkan Februari 18, 2025 ยท Dikemas kini Februari 18, 2025 oleh Amalina Athman

Anak syarikat EcoWorld Malaysia, Eco Business Park 1 Sdn Bhd menjual tanah pegangan bebas seluas 56.06 hektar di Eco Business Park 1 di Iskandar Malaysia, Johor kepada Microsoft Payments (Malaysia) pada harga RM693.96 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, pemaju hartanah itu berkata tanah berkenaan terdiri daripada 117 lot tanah kosong hak pegangan bebas dan rizab jalan.

Sebahagian RM693.9 juta yang dijangka diterima daripada penjualan tanah tersebut akan digunakan untuk menyiapkan pembangunan infrastruktur utama serta menampung perbelanjaan berkaitan yang dijangka akan ditanggung dalam tempoh 24 bulan dari tarikh Perjanjian Jual Beli (SPA). Pada masa ini, jumlah untuk setiap penggunaan ini masih belum dimuktamadkan. Baki jumlah tersebut akan digunakan sebagai modal kerja bagi kumpulan syarikat EcoWorld Malaysia.

Sebelum ini, EcoWorld Malaysia berjaya menjual dua lot tanah strategik di taman perniagaan QUANTUM Edge kepada pengendali pusat data pada tahun kewangan 2024, menjana hasil keseluruhan sebanyak RM626 juta.

Syarikat itu berkata termasuk tanah yang dicadangkan untuk dijual ini, jumlah keseluruhan jualan tanah kepada pemain pusat data melebihi RM1.3 bilion dalam tempoh kurang setahun, meningkatkan rizab tunai kumpulan yang berjumlah RM1.36 bilion setakat 31 Oktober 2024.

Dengan ini, Johor masih menjadi tumpuan teknologi di mana terdahulu AirTrunk, pakar pusat data berskala besar Asia Pasifik & Jepun (APJ) mengumumkan pembangunan pusat data awan keduanya di Malaysia, AirTrunk JHB2, di Iskandar Puteri, Johor.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Sime Darby Rasmi Memeterai Perjanjian Untuk Bangunkan Pusat Data Kedua Di Elmina
  • Permintaan Air Di Pusat Data, SPAN Tuntut Teknologi Dan Infrastruktur Lebih Efisien
  • Pusat Data Baharu Akan Dibangunkan Di Johor, Menyokong Inisiatif TVET

Sumber: Bursa Malaysia

Rujukan: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY