Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google (Photo by Josh Edelson : AFP)

Google Akan Bangun Pusat Data Besar Di Malaysia – Port Dickson Jadi Tumpuan Baharu

Diterbitkan Mei 7, 2025 oleh Amsyar Latif

Malaysia bakal menerima satu lagi lonjakan dalam infrastruktur digital apabila Google melalui entiti berkaitannya, Pearl Computing Malaysia Sdn Bhd, mengumumkan pembangunan pusat data berskala besar di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Projek ini dibangunkan di atas tanah seluas 389 ekar, dan dijangka menjadi antara fasiliti pusat data terbesar di rantau ini, dengan kapasiti yang berpotensi mencecah antara 800MW hingga 1,000MW apabila siap sepenuhnya.

Gamuda Bhd, melalui anak syarikatnya Gamuda DC Infrastructure Sdn Bhd, dipilih sebagai rakan strategik utama untuk projek ini yang bukan sahaja untuk kerja-kerja infrastruktur tanah, tetapi juga pembinaan kemudahan utiliti sokongan seperti loji rawatan air berkapasiti 65 juta liter sehari dan sistem paip yang menyambungkan kemudahan itu ke pusat data.

Menurut pemfailan rasmi kepada Bursa Malaysia, kerja-kerja utama pembangunan dijangka siap secara berperingkat antara 2025 hingga 2028.

Fasa awal dijadualkan siap pada suku ketiga 2025, manakala sistem air luar sungai dijangka disiapkan sepenuhnya menjelang suku keempat 2028.

Pendekatan “penyelesaian sehenti” yang ditawarkan oleh Gamuda dalam sektor pusat data meliputi pembangunan tanah, kejuruteraan, dan utiliti di mana menjadi faktor utama pemilihan mereka untuk projek ini.

Ia juga memperkukuh posisi Malaysia sebagai hab pusat data yang kompetitif di Asia Tenggara.

Langkah ini menandakan komitmen jangka panjang Google terhadap pengembangan infrastrukturnya di Malaysia, selaras dengan pertumbuhan penggunaan awan, AI, dan perkhidmatan digital lain di rantau ini.

Pusat data ini dijangka bukan sahaja meningkatkan kebolehpercayaan dan kelajuan perkhidmatan digital di Malaysia, malah membuka ruang kepada lebih banyak pelaburan teknologi tinggi pada masa akan datang.

Berkaitan

  • Meta Mahu Guna Kuasa Nuklear Untuk Pusat Data Seawal Tahun 2030
  • Pusat Data Baharu Akan Dibangunkan Di Johor, Menyokong Inisiatif TVET
  • Microsoft Pilih Johor Untuk Pembangunan Pusat Data Kedua
  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY