Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AI Kini Tulis Kod Untuk Microsoft, Meta Dan Google

AI Kini Tulis Kod Untuk Microsoft, Meta Dan Google

Diterbitkan Mei 2, 2025 ยท Dikemas kini Mei 2, 2025 oleh Amsyar Latif

CEO Microsoft, Satya Nadella, menyatakan sehingga 30% kod syarikat itu kini ditulis oleh kecerdasan buatan (AI). Beliau menjelaskan bahawa jumlah ini semakin meningkat secara konsisten.

Kenyataan ini dibuat dalam satu perbualan bersama CEO Meta, Mark Zuckerberg, semasa acara LlamaCon yang dianjurkan Meta.

Zuckerberg pula menjangkakan dalam masa setahun, sekitar 50% pembangunan kod di Meta mungkin akan dilakukan oleh AI dan peratusan ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa.

Selain Microsoft dan Meta, syarikat lain seperti Google, Shopify, dan Duolingo turut menggunakan AI untuk menggantikan sebahagian kerja pembangunan perisian yang sebelum ini dilakukan oleh manusia.

Trend ini semakin ketara selepas pelancaran ChatGPT oleh OpenAI pada akhir 2022, di mana semakin banyak syarikat mula memanfaatkan AI untuk menulis kod bagi mempercepatkan pembangunan perisian serta meningkatkan kualitinya.

Berkaitan

  • Microsoft Beri Amaran, Jangan Buang Fail Misteri Dalam Kemas Kini Windows 11 Terbaru
  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Microsoft Bakal Perkenal Ciri Baru Yang 'Kontroversi', Tangkapan Skrin Aktiviti Setiap Beberapa Saat
  • Pengurus Microsoft Akui macOS Lebih Baik Daripada Windows 11

Sumber: CNBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY