Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pelan Baharu Xbox Game Pass Diumumkan – Essential, Premium Dan Ultimate

Posted on Oktober 2, 2025

Microsoft mengumumkan pembaharuan besar kepada Xbox Game Pass dengan pengenalan tiga pelan iaitu Essential, Premium dan Ultimate. Perubahan ini memberi lebih fleksibiliti kepada pemain sama ada mereka bermain di konsol, PC atau melalui awan (cloud).

Essential berharga USD9.99 (~RM42) sebulan dan menawarkan akses kepada lebih 50 permainan termasuk Hades, Cities: Skylines Remastered, Stardew Valley dan Warhammer 40,000 Darktide. Pelan ini turut menyokong cloud gaming tanpa had, multipemain dalam talian, faedah dalam permainan serta ganjaran Rewards with Xbox bernilai sehingga USD25 (~RM105) setahun.

Premium pula berharga USD14.99 (~RM63) sebulan dengan lebih 200 permainan di konsol, PC dan cloud. Antara permainan utama ialah Minecraft, Forza Horizon 5, Grand Theft Auto V, Diablo IV dan Hogwarts Legacy. Pelan ini juga memberi akses kepada permainan terbitan Xbox dalam tempoh setahun selepas pelancaran (tidak termasuk Call of Duty) dan menawarkan ganjaran sehingga USD50 (~RM210) setahun.

Ultimate kini berharga USD29.99 (~RM126) sebulan dan merupakan pelan paling lengkap. Ia menyediakan lebih 400 permainan termasuk 75 permainan day-one setiap tahun seperti Call of Duty: Black Ops 7, Ninja Gaiden 4 dan The Outer Worlds 2. Pelan ini turut merangkumi EA Play, Fortnite Crew bernilai USD11.99 (~RM50) sebulan dan Ubisoft Plus Classics bernilai USD7.99 (~RM33) sebulan, dengan cloud gaming sehingga 1440p serta ganjaran Rewards bernilai USD100 (~RM420) setahun.

Selain itu, lebih 80 permainan baharu ditambah hari ini termasuk siri Assassin’s Creed, Far Cry, Prince of Persia The Lost Crown dan Diablo IV.

Dengan pembaharuan ini, Xbox Game Pass kini menawarkan lebih pilihan dan nilai kepada semua pemain, sama ada peminat kasual atau pemain tegar.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress