Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PC Game Pass Naik Harga Di Malaysia, Kini RM25 Sebulan

PC Game Pass Naik Harga Di Malaysia, Kini RM25 Sebulan

Diterbitkan Oktober 2, 2025 oleh Amsyar Latif

Microsoft kini dilihat menaikkan harga langganan PC Game Pass di Malaysia yang mana ia meningkat daripada RM20 kepada RM25 sebulan, berkuat kuasa Oktober 2025.

Sebelum ini, harga perkhidmatan sama hanya RM15 ketika mula dilancarkan di Malaysia, sebelum dinaikkan kepada RM20 pada tahun lalu. Kini, ia sekali lagi naik RM5, menjadikan jumlah kenaikan lebih 60% dalam tempoh dua tahun.

Screenshot 2025-10-02 at 5.33.54 PM

Untuk pengguna baharu, tawaran promosi masih tersedia pada kadar RM5 bagi 14 hari percubaan, namun selepas itu caj bulanan akan dikenakan pada kadar baharu RM25.

Kenaikan ini turut berlaku ketika Microsoft memperkenalkan pelan langganan baharu Xbox Game Pass Essential, Premium dan Ultimate di peringkat global, tetapi untuk pengguna tempatan, perubahan paling ketara adalah pada harga PC Game Pass itu sendiri.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Pelan Baharu Xbox Game Pass Diumumkan – Essential, Premium Dan Ultimate
  • Ubisoft Tubuh Vantage Studios Dengan Sokongan Tencent, Kawal Sepenuhnya Assassin’s Creed, Far Cry & Rainbow Six

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY