Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
microsoft 365

Guna Windows 10? Bersedia Untuk Hilang Akses Ciri Baharu Microsoft 365 Mulai Ogos 2026

Diterbitkan Julai 15, 2025 · Dikemas kini Julai 15, 2025 oleh Amsyar Latif

Tinggal beberapa bulan sahaja lagi, Microsoft akan menamatkan sokongan untuk sistem operasi Windows 10 di mana ia dijadualkan pada 14 Oktober 2025.

Disebabkan itu, perisian lain yang bakal terkesan adalah Microsoft 365. Terdahulu, mereka mengatakan yang pengguna Windows 10 masih akan menerima sokongan kemas kini perisian tersebut hingga 14 Oktober 2028 meskipun riwayat Windows 10 akan berakhir tahun ini.

Namun, Microsoft kini megumumkan bahawa mana-mana pengguna Microsoft 365 pada Windows 10 tidak akan lagi menerima ciri baharu perisian Microsoft 365 selepas Ogos 2026. Ini termasuk semua versi untuk individu dan keluarga.

Selepas 13 Oktober 2026, untuk versi monthly enterprise channel dan 12 Januari 2027 untuk semi-annual enterprise channel. Bermakna, semua perisian tersebut akan kekal dalam versi 2608, hanya kemas kini sekuriti yang akan diberikan sehingga 10 Oktober 2028.

Melihat kepadanya, Microsoft dilihat mahu semua pengguna Windows 10 untuk menaik taraf kepada Windows 11. Malah, sudah banyak kali mereka mengeluarkan “notis” agar pengguna beralih.

Baru-baru ini pun, Microsoft mengeluarkan video yang seakan mesej jelas kepada pengguna terhadap risiko keselamatan sekiranya masih kekal setia dengan Windows 10.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Microsoft Buang Kira-Kira 9,000 Pekerja - Xbox, King, ZeniMax Antara Unit Terjejas
  • Pekerja Microsoft Dibuang, Eksekutif Xbox Cadang Guna AI Untuk Sokongan Emosi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY