Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kira-Kira 8.5 Juta Peranti Windows Terjejas Akibat Gangguan CrowdStrike – Microsoft

Microsoft Buang Kira-Kira 9,000 Pekerja – Xbox, King, ZeniMax Antara Unit Terjejas

Diterbitkan Julai 3, 2025 oleh Amalina Athman

Microsoft mengesahkan kira-kira 9,000 pekerja atau 4% daripada keseluruhan tenaga kerjanya bakal diberhentikan, lapor The Seattle Times. Ini menjadikannya antara pusingan pemberhentian terbesar yang diumumkan Microsoft setakat ini.

Difahamkan, unit Xbox atau lebih dikenali sebagai Microsoft Gaming antara yang paling terkesan. Namun, jumlah tepat serta pecahan mengikut bahagian masih belum didedahkan.

Menurut laporan Bloomberg, King iaitu pembangun Candy Crush yang kini dimiliki Microsoft mengurangkan kira-kira 10% tenaga kerjanya, melibatkan sekitar 200 orang.

Beberapa lagi unit di bawah Microsoft Gaming yang terlibat dalam langkah pengurangan tenaga kerja termasuk ZeniMax, studio Call of Duty iaitu Raven Software dan Sledgehammer Games, selain studio Halo dan pembangun Forza Motorsport, Turn 10 Studios.

Microsoft turut membatalkan dua projek permainan iaitu Perfect Dark dan Everwild. Studio di sebalik Perfect Dark, The Initiative, juga ditutup sepenuhnya sebagai sebahagian daripada langkah penstrukturan ini.

Pemberhentian besar-besaran ini berlaku kurang dua bulan selepas Microsoft mengumumkan lebih 6,000 pekerja akan diberhentikan, diikuti tambahan 305 lagi pada awal Jun lalu. Sepanjang setahun yang lalu, pekerja Microsoft berdepan beberapa siri pemberhentian termasuk langkah penilaian prestasi yang dikatakan menjejaskan semangat kerja kakitangan.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Microsoft Bakal Kurangkan 6,000 Pekerja, Pemberhentian Terbesar Sejak 2023
  • Rantau Awan Baharu Microsoft Di Malaysia Janjikan AI Lebih Pantas, Data Kekal Lokal & 37,000 Peluang Kerja
  • Pengguna Dakwa Dengar Bunyi 'Startup' Windows Vista Dalam Windows 11, Ini Jawapan Microsoft

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY