Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
microsoft 365

Microsoft Terpaksa Lanjutkan Sokongan Microsoft 365 Untuk Windows 10

Diterbitkan Mei 16, 2025 · Dikemas kini Mei 16, 2025 oleh ariff bukhari

Microsoft telah pun merancang untuk menghentikan sokongan Microsoft 365 Apps serentak dengan tamatnya Windows 10 pada 14 Oktober 2025.

Tetapi kini, Microsoft mengumumkan bahawa pengguna Windows 10 masih akan menerima sokongan kemas kini untuk Microsoft 365 Apps hingga 14 Oktober 2028, meskipun sokongan Windows 10 akan berakhir pada tahun ini.

Langkah ini dilihat sebagai terpaksa diambil oleh Microsoft selepas ramai penggunanya masih setia dengan sistem operasi yang sudah lapuk itu.

Ini sekali gus akan memberi waktu lebih lama kepada pengguna dengan harapan mereka akan beralih ke Windows 11.

Walaupun Microsoft giat menggalakkan pengguna menaik taraf ke Windows 11, namun, masih ramai pengguna enggan berpindah kerana tetapan keperluan perkakasan yang tinggi.

Microsoft menekankan bahawa kemas kini ciri baharu, pembetulan pepijat, dan sokongan teknikal tidak lagi diberikan pada Windows 10 selepas tamat sokongan.

Namun, peranti yang didaftarkan dalam program ESU akan terus menerima kemas kini keselamatan kritikal.

Microsoft menawarkan pelan Extended Security Updates (ESU) selama setahun pada harga $30, manakala pengguna sektor perniagaan boleh membeli ESU selama setahun pada harga $61 atau tiga tahun pada $122 untuk setiap peranti.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Bayar 'Online' Tanpa Nombor Kad — Inilah Rancangan Mastercard Menjelang 2030
  • Tarikh Pelancaran, Harga Dan Spesifikasi Stellar Blade Versi PC Diumumkan

Sumber: Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY